Perkahwinan campur bukan lagi suatu yang baru dinegara kita. Sudah ramai rakyat Malaysia yang dilihat mendirikan perkahwinan bersama dengan warga negara luar.
Malah, banyak juga orang Melayu juga turut kahwin camput dengan rakyat luar negara sehinggakan kisah percintaan serta rumah tangga mereka meraih perhatian netizen.
Ramai yang berkahwin dengan pasangan dari Korea
Jika dulu, kebanyakannya memiliki pasangan ‘Mat Saleh’, kini semakin ramai yang memiliki pasangan dari negara Korea.
Bahkan, Malaysia mempunyai ramai peminat Kpop dan pastinya perkara ini menjadi impian dan igauan kepada mereka.
Annyeong! Nama saya Soo
Menerusi laman Twitter, satu video TikTok yang dimuat naik oleh rakyat Malaysia telah tular.
Gadis yang berkongsi video berkenaan merupakan salah seorang penuntut universiti di negara pencetus Hallyu tersebut.
Apa yang menarik adalah, video tersebut telah dirakam dan memperkenalkan seorang gadis Korea yang merupakan rakannya di sana.
Gadis Korea mahu kekasih orang Melayu
Video tersebut memaparkan seorang gadis Korea yang memperkenalkan diri dan meluahkan hasratnya untuk memiliki pasangan ataupun kekasih dari kalangan orang Melayu.
Pastinya, hasrat gadis bernama Soo ini disambut girang oleh kebanyakan lelaki Melayu di laman Twitter menerusi ruangan komen perkongsian video berkenaan.
Ada pendapat netizen lelaki Melayu tak tepati citarasa
Walaubagaimanapun, ada juga yang menyuruh gadis Korea berkenaan melupakan hasratnya untuk memiliki jejaka Melayu kerana sikap sebilangannya tidak menepati citarasa.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat dan hasrat gadis Korea tersebut dan moga ada yang berjodoh dengan gadis berkenaan. Selamat Mencuba!