Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Saya suka makan sana!!” Lelaki Langgar Arahan PKP, Bila Ditahan Tengking Polis Balik

Sejak kebelakangan ni, cerita pasal rakyat biadap dengan pihak berkuasa yang bertugas kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita. Sebelum ini, seorang wanita maki pegawai polis ketika membuat sekatan jalan raya sebab mengamuk jalan jadi sesak. Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam terus everywhere menyusahkan orang!” Lepas tu, ada pula video tunjuk lelaki […]

Kes penularan wabak COVID-19 masih belum reda di negara kita menyebabkan kerajaan memperketatkan lagi Perintah Kawalan Pergerakan.

Kalau sebelum ini tiada dinyatakan had jauh pergerakan, terbaru hanya radius 10 KM dari kediaman sahaja dibenarkan.

Disebabkan perkara ini semakin banyak sekatan jalan raya diadakan dan menyebabkan beberapa kes kebiadapan orang awam terhadap penguatkuasa.

Contohnya beberapa hari lepas, seorang wanita telah memaki pegawai polis ketika membuat sekatan jalan raya kerana bengang jalan ke rumahnya sesak.

“Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam terus everywhere menyusahkan orang!”

Foto: Malaysia Gazette

Kemudian, ada pula video tular yang menunjukkan lelaki membaling cawan ke arah pihak berkuasa kerana ditegur melepak di kedai makan.

Terbaru, tular satu video seorang lelaki menengking polis selepas dipercayai ditahan polis akibat melanggar perintah PKP.

Menerusi video tersebut, lelaki berbaju hitam itu dilihat memegang telefon bimbit sebelum meninggikan suara kepada pegawai polis di situ.

“Saya suka makan sana! Ada salah ka?!”

Seorang pegawai polis kemudiannya bertindak menengking semula lelaki tersebut kerana biadap dan tidak menghormati tugas mereka.

Manakala dapat didengari seorang lagi anggota di belakang kamera menyuruh individu tersebut supaya dengar arahan pihak berkuasa.

“You punya suara jangan kuat ahhh!! HEYYYY!”Dengar woi. Dengarlah cakap orang (polis).”

Namun begitu, tidak dinyatakan di mana dan bila insiden itu berlaku tetapi ramai netizen di Twitter dan Facebook yang bengang dengan sikap individu tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan netizen berpuas hati apabila pegawai polis itu menengking dia semula.

Menurut mereka, orang biadap begini memang seharusnya diberi layanan sebegitu kerana langsung tidak menghormati tugas pihak berkuasa.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.