Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Saya tengok ada lagu Jange Kelik La Weii, lagu ni pun OK lah..” – PM

Menerusi perutusan khas hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru selesai mengumumkan beberapa perkara penting untuk rakyat.

Salah satu perkara penting adalah mengenai perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.

Perutusan khas Perdana Menteri

Seperti kebiasaanya, teks ucapannya Perdana Menteri pasti mendapat perhatian rakyat dimana kali ini beliau turut menyeru stesen penyiaran TV dan Radio agar memainkan lagu raya.

Lagu jange kelik la wei

“Bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun berasa sayu juga. Mainkanlah lagu-lagu Hari Raya yang boleh menceriakan suasana”.

“Saya tengok dalam YouTube ada lagu ‘Jange Kelik La Weii’ Lagu ni pun OK lah,” katanya.

Menerusi laman sosial Facebook GEGAR, satu video lagu Jange kelik la wei telah dimuat naik.

Orang ramai agar mematuhi SOP

Sementara itu, beliau juga mengingatkan orang ramai agar mematuhi standard operating procedure (SOP) kesihatan dalam kehidupan seharian.

Antarannya ialah penjarakan sosial, pemakaian penutup mulut dan hidung dan penggunaan hand sanitizer sepanjang sambutan perayaan ini.

“Pastikan rumah sentiasa bersih. Basuh pinggan mangkuk, sudu garpu, periuk belanga dan lain-lain selepas digunakan untuk menjamu tetamu yang hadir,” ujarnya.

Turut diselitkan khabar gembira

Walaupun ada khabar duka’ yang disebut ketika perutusan Perdana Menteri sebentar tadi, masih ada sedikit berita gembira buat sesetengah individu berkaitan dengan hari perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.

Seperti perutusan tadi, perjalanan merentas negeri bagi tujuan berhari raya tidak dibenarkan sama sekali.

Akan tetapi ada kelonggaran bagi mereka yang tinggal didalam negeri yang sama untuk menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi.

Boleh ziarah tapi tak boleh lebih 20 orang

Dibenarkan menziarah tetapi mestilah tidak melebihi 20 orang dalam satu-satu masa bagi mengelakkan berlaku perkumpulan dalam kuantiti yang ramai.

 

Seperti yang kita sedia maklum, sepanjang tempoh PKPB ini, terdapat tiga perayaan besar rakyat Malaysia iaitu Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan juga Pesta keamantan.

Oleh itu, kelonggaran ini memberi sedikit rasa lega buat ahli keluarga yang berada di dalam negeri yang sama untuk berjumpa dengan sanak-saudara.

Semoga kita semua dapat mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan dapat berhari raya dengan aman.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.