Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Saya terjah restoran siakap seribu” Ini Komen Datuk Seri Vida Tentang Siakap Langkawi Viral

Seperti yang kita tahu baru-baru ini viral tentang ikan siakap yang disifatkan harga ‘cekik darah’ dimana RM1196.80 mencuri tumpuan ramai sehinggakan pihak KPDNHEP mengeluarkan notis kepada pemilik restoran.

Ekoran isu tersebut, Usahawan kosmetik terkenal iaitu Datuk Seri Vida (DSV) bau-baru ini sempat meluangkan masa untuk mengunjungi restoren makanan laut yang menjadi bualan ramai itu.

Dato Vida juga turut berkongsi perjalanannya yang perlu menaiki bot bagi menyeberangi sungai buat tatapan umum.

 

Dato Vida yang kini sedang bercuti bersama keluarganya di Langkawi berkunjung di Restoren tersebut sambil ditemani anak bujangnya iaitu Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin.

Menerusi video yang dimuat turun di laman Instagram miliknya itu, kelihatan dia menangkap sendiri hidupan laut itu sebelum dibawa ke dapur untuk dimasak.

“ini siakap yang saya nak makan dengan Kacak. Beratnya 1.5kg, bakar punya. Sedap, satu ekor ikan you boleh buat stim limau dan masak tiga rasa. Sedap. Mari makan, ngantuk dah saya kenyang” katanya.

Selain ikan siakap, Dato Vida difahamkan turut memesan hidangan ikan kerapu, udang karang, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur campur dan kerabu mangga.

Dikatakan bil Dato Vida untuk kesemua hidangan tersebut RM 918.50.

Video yang tular di laman Instagram:

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 11 minit 54 saat tersebut telah meraih 118K tontonan, 10.2K tanda suka, 518 komen di Instagram.

Meninjau diruangan komen, rata-rata warga netizen terliur tengok Dato Vida makan pelbagai jenis hidangan laut yang fresh. Ada juga netizen yang memuji cara Dato vida ‘support’ bisnes orang yang berniaga.


Patutlah mahal, bukan sekadar makanan laut yang fresh, tapi suasananya yang sangat tenang.

Nak ke Restoren tersebut juga perlu menaiki bot dan bukannya restoren yang berada di tepi jalan yang mudah untuk membeli barangan.

Apa-apa pun, ‘salute’ Dato Vida kerana support bisnes orang berniaga sekaligus memberi kata-kata semangat buatnya ekoran kontroversi yang timbul baru-baru ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.