Connect with us

Viral

[VIDEO] “Sebab tu kena ada ilmu” Pasangan Instafamous Dikecam Beri Bayi 5 Bulan Makan Choki-Choki

Seperti yang semua sedia maklum, bayi yang berusia kurang daripada enam bulan sememangnya tidak boleh makan makanan orang dewasa.

Mereka hanya boleh diberi susu ibu atau susu formula khas untuk bayi. Oleh itu, ibu bapa perlulah mengikut saranan doktor.

Namun begitu, ada segelintir dari ibu-bapa tidak mengendahkan saranan doktor mengenai hal tersebut.

Beri bayi mereka makan coklat

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, seorang pengguna berkongsi satu video yang memaparkan pasangan Instafamous ini memberi makanan orang dewasa kepada bayi mereka.

Pasangan Instafamous ini mempunyai bayi yang berumur lima tahun dan mereka memberi bayi tersebut Choki-Choki.

Apa yang lebih menarik perhatian orang ramai adalah mengenai kesihatan bayi tersebut ekoran tindakan ibu bapanya itu.

Bayi 5 bulan diberi makan choki-choki

“Instafamous mana ni iols tak kenal tapi bagi anak umur 5 BULAN makan coklat kesian kau nak dapat mak macam ni”.

“Ada gula ada caffeine. Usus baby bawah 2 tahun dah la tak matang lagi nak proses gula”.

Bayi itu menangis kerana mahukan choki-choki

Menerusi video berkenan, difahamkan bayi tersebut menangis kerana mahukan Choki-choki.

Kandungan gula dan coklat yang manis semestinya disukai oleh kanak-kanak. Oleh sebab itulah bayi berkenaan menangis bila tidak diberi choki-choki.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Baby Boss Mikhail Darwish (MD) (@mikhaildarwishmd) on

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pasangan suami isteri ini.

Mereka hanya beri bayi mereka hisap choki-choki

Walaubagaimanapun, pasangan ibu bapa ini dikatakan masih tetap dengan pendirian mereka.

Menurut ibu bapa bayi berkenaan, mereka bukan bagi anak mereka makan benda tu banyak pun sebab bayi tersebut hanya menghisap Choki-choki.

Menjadi ibu-bapa merupakan satu momen yang indah kepada pasangan yang berumahtangga.

Namun begitu, apa yang lebih penting adalah ilmu pengetahuan mengenai anak-anak perlu diberi keutamaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.