Pelakon dan juga usahawan kosmetik Syifa Mevlim tampil iklas membantu seorang gadis orang kurang upaya (OKU) untuk mendengar buat kali pertama selepas 20 tahun.
Difahamkan, gadis istimewa yang dikenali sebagai Nabila itu merupakan salah seorang stokis perniagaan kendalian Syifa dan adik beradiknya iaitu Kekasih by The Melvins.
Menerusi Instagram Syifa Melvin, pelakon berusia 26 tahun ini menjelaskan mereka cuba membantu Nabila agar dalam menjalani hidup yang berkualiti.
Kami berjaya bawa Nabila buat alat pendengaran untuknya
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap”.
“Tapi sebenarnya kita yang patut cemburu dengan dia sebab xperlu dengar benda yang tak elok dan cakap benda yang sia-sia”.
Boleh bantu Nabila dapat hidup yang berkualiti
“Harini kami berjaya bawak Nabila pergi buat alat pendengaran yang in sha allah boleh membantu dia untuk dapat hidup yang berkualiti”.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu”.
Nabila tidak meminta dan guna segala yang diberi untuk bantu keluarga
“Nabila anak istimewa betul. Walaupun pendengaran dan xboleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K”.
“Apa alasan kita yang sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yang diberi Allah swt untuk bantu keluarga”.
Kami berazam untuk bantu mereka yang memerlukan
Syifa turut menjelaskan perasaan Nabila sebaik boleh mendengar dan turut mendedahkan kejayaan gadis itu dalam perniagaan yang diusahakannya sebagai stokis.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, Syifa turut memberitahu adalah menjadi keazaman mereka untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
Hadiah ini dari Allah, kami hanya perantaraan sahaja
“Memang kami berempat berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah untuk bantu mereka yang memerlukan”.
“Bukan ini dari kami, tapi hadiah ini daripada Allah swt kami hanya perantaraan sahaja”.
Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat
“Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah swt”.
“Hadiah tidak semestinya dibalut rapi dan cantik, ia juga di selitkan hikmah yang sangat besar”.
Percayalah takkan miskin harta bila memberi
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu,percayalah takkan miskin harta bila memberi. Kredit video @khairul_ikhwan96”.
Sementara itu, Nabila menerusi satu posting di Instagram miliknya juga turut menzahirkan rasa terima kasih dan terahu atas bantuan yang diberikan pasangan adik-beradik berkenaan.
Semoga lebih ramai individu di luar sana yang tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.