[VIDEO] “Sebak dengar alunan suaranya” Walaupun Lumpuh Otak, Bergelar Hafiz Pada Usia 9 Tahun
Jika difikirkan secara logik, bagaimana kanak-kanak yang kurang upaya seperti ini mampu menghafaz al-Quran.
Tapi itulah kekuasaan Allah. Tiada yang mustahil bagiNya.
Naja yang baru berusia 9 tahun dari Nusa Tenggara Barat, Indonesia ini merupakan salah seorang peserta Hafidz Indonesia 2019.
Walaupun dalam keadaan fizikal dan mental yang tidak berupaya sejak dari kecil kerana lumpuh otak ataupun cerebral palsy, Allah mengurniakan anugerah luar biasa kepadanya.
Di dalam video yang dimuat naik di Youtube, Naja mampu meneka surah dari ayat al-Quran yang dibacakan juri walaupun hanya sepotong ayat.
Ternyata walaupun diuji beberapa kali, kesemua jawapan tetap diberikan tepat menyebabkan ramai yang merasa kagum hingga mengalirkan air mata.
Menerusi rancangan tersebut juri menguji kekuatan ingatan peserta untuk menyambung dan meneka surah, berpandukan beberapa potongan ayat diberikan juri.
Ibu Naja memberitahu pada mulanya Naja dilahirkan normal. Kedua-dua ibu bapanya tidak mengetahui keadaan Naja sehinggalah dia disahkan oleh doktor mengalami ‘celebral palsy’ iaitu kelumpuhan otak setelah perkembangannya tidak seperti bayi lain.
Ibunya sama sekali tidak menyangka dengan kekurangan yang dimiliki Naja, dia mampu menghafaz Al-Quran dalam tempoh yang cepat. Malah, halaman demi halaman dalam setiap surah juga tidak pernah diajarkan kepada anak itu.
Disebabkan kelumpuhan otak yang berlaku, membuatkan proses perkembangannya agak lambat berbanding dengan bayi yang seusianya.
Rata-rata penonton dan juga para juri tersentuh dengan kebolehan yang ada pada Naja.
Malah ramai yang menitiskan airmata kerana terharu dengan kecekalan hati Naja untuk menghafal al-Quran.
Semoga kisah Naja ini dapat dijadikan contoh tauladan buat kita semua.