Detik pernikahan pastinya merupakan saat yang menggembirakan bagi setiap pasangan yang akan melangkah ke alam perkahwinan.
Namun begitu detik itu turut menjadi detik yang menyedihkan bagi seorang ayah yang akan melepaskan anaknya setelah dijaga dari kecil.
Terlepaslah dirinya daripada tanggungan si ayah
Selesai akad, bermulalah kehidupan baru sebagai suami isteri dan bagi wanita, terlepaslah dirinya daripada tanggungan si ayah.
Maka, bermula kehidupan sebagai suami isteri dengan berbekalkan nasihat dan pesanan si ayah untuk anaknya mengharungi liku-liku rumah tangga.
Nasihat ayah menyentuh hati buat anak perempuannya yang bakal bergelar isteri
Menerusi satu rakaman video yang tular di seberang, seorang ayah telah memberi nasihat menyentuh hati kepada anak perempuannya sebelum wanita itu bergelar seorang isteri.
Memetik laporan dari Tribun News, lelaki itu dirakam menyuap puterinya ketika sebuah acara sebelum majlis pernikahan mengikut adat Mandaling.
Ayah titiskan air mata apabila anaknya meminta restu
Rakaman tersebut seakan ayahnya belum bersedia melepaskan anaknya, lelaki itu menitiskan air mata tatkala sang puteri mencium tangan bapanya untuk meminta restu pernikahan itu.
“Ayah menangis waktu acara makan terakhir yang ada di adat Mandailing”.
Ayah belum bersedia melepaskan anaknya menikah secepat ini
“Dia menangis kerana melepaskan puterinya yang bakal menikah keesokannya,” ujar pengantin perempuan, Windy Annisa.
“Dia sedih saja, macam belum bersedia melepaskan anaknya menikah secepat ini.”
Pesan ayah jadikan pernikahan ini pertama dan terakhir
Selain itu, wanita itu turut berkongsi beberapa pesanan yang dititip si ayah menjelang pernikahan tersebut.
“Pesan ayah, agar rumah tangga menjadi sakinah, mawaddah warahmah. “Jadikan pernikahan ini pertama dan terakhir”,” kongsi wanita itu.
Ayahnya minta maaf kerana belum menjadi ayah terbaik
Selain itu, bapanya turut meminta maaf kerana merasakan dirinya belum menjadi ayah yang terbaik.
“Dia meminta maaf selama ini kerana belum boleh menjadi ayah yang terbaik,” katanya.
Saya sedih, kerana banyak salah dengan bapak
Menurut wanita itu juga dikatakan mengaku sedih dan meminta maaf kerana pernah melakukan kesilapan terhadap bapanya.
“Sedih, sebab banyak salah dengan ayah yang mungkin tak boleh dijelaskan satu persatu”.
Saya juga minta maaf juga dengan ayah
“Saya minta maaf juga dengan ayah”, kata Windy.
Rakaman video itu turut dikongsikan di laman Instagram MEDIA VIRALS yang telah meraih lebih dari 200,000 tontonan setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan rakaman video tersebut.
Ada diantara mereka turut sebak melihat betapa sedihnya si ayah ingin melepaskan anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sedari kecil lagi.