A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Mengaku beliau telah berhijab
Malah rakan artis turut sama tumpang gembira dan mendoakan agar anak gadis penyanyi senior, Rohana Jalil ini terus istiqamah.
Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain, dia yang mesra disapa Kila menerusi satu perkongsian video berkongsi reaksi ayahnya mengenai penghijrahan beliau.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
Terharu kerana perubahan itu membuatkan kedua orang tuanya gembira
Menerusi video di Instagram dan YouTube memaklumkan, beliau turut terharu kerana sekurang-kurangnya perubahan yang dilakukan mampu membuatkan kedua orang tuanya gembira.
Video tersebut memaparkan reaksi kali pertama bapa tersayang melihat penampilan berbezanya itu.
Bapa saya yang paling sensitif
“Bapa saya yang paling sensitif, berbanding ahli keluarga yang lain. Saya dan bapa, kami ni macam Hindustan sikitlah. Jadi bila kami saling berpelukan, mata berkaca dan tersentuh”.
A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on
“Saya terharu sebab sempat tengok bapa saya gembira. Kedua orang tua gembira,” antara kata Kila menerusi video pertama yang dikongsikannya menerusi YouTube itu.
Netizen doakan Kilafary terus istiqamah
Klip video tersebut yang kini sudah ditonton lebih 60,000 kali itu, bapanya kelihatan terkejut pada awal dan gembira dengan penampilan terkini anaknya lalu.
Menerusi ruangan komen pula, ramai yang tersentuh dan rasa sebak dengan reaksi spontan dua beranak berkenaan.