Fasha Sandha yang baru saja melangsungkan pernikahannya dengan Aidil Aziz baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian para peminat.
Di dalam satu video yang dimuatnaik di laman Instagram milik Fasha, suaminya Aidil dilihat lancar membaca doa untuk satu majlis keraian.
“Suami, dan keluargaku tersayang”
Rata-rata peminat memberikan komen positif dan memuji suami Fasha Sandha itu.
“Untung dapat suami camni dunia akhirat bersama ke Jannah, happy for you adikku fasha sandha aidilaziz“
Baca: Biodata Fasha Sandha
“Love sangat tengok kak fasha & suami. Moga diPanjangkan jodoh hingga ke syurga”
“Semoga jodoh fasha dan aidil till jannah.. aminnn ya rabbal alamin”
Malah, rakan-rakan artis juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen pada posting tersebut.
Sebelum ini, Fasha Sandha dan Aidil Aziz telah selamat bernikah dengan sekali lafaz pada pukul 9.15 pagi 30 Mac 2019.
Fasha juga dipuji para peminat apabila dengan selamba meneruskan tradisi mencuci periuk dan kuali selepas majlis menyambut menantu di Negeri Sembilan.
BACA: “Patut la mertua sayang” Siap Pakai Crown Cuci Periuk, Peminat Puji Fasha Sandha
Bukan selalu kita dapat lihat selebriti popular yang sanggup perkara begini walaupun ianya adat yang biasa bagi orang Melayu.
Kebanyakan pengantin sekarang lebih suka menggunakan khidmat katering kerana lebih mudah dan tak perlu pening kepala.
Rata-rata peminat memuji apa yang dilakukan oleh Fasha. Malah ada yang mengatakan tidak hairanlah mertua sangat sayang kepadanya.
Bukan saja merendah diri, tetapi juga sangat rajin dan tidak bersikap ‘diva’ walaupun Fasha merupakan seorang artis popular.
Semoga Fasha dan Aidil sentiasa bahagia hingga akhir hayat.