Satu kisah telah tular apabila tindakan nekad seorang lelaki pulang ke kampung halamannya berjalan kaki.
Menerusi facebook miliknya sendiri, lelaki yang bernama Matnoe Poksu Din ini memberitahu warganet akan tindakannya itu.
Jalan kaki dari Kuala Lumpur ke Tanah Merah
Sementara itu, Matnoe Poksu Din mengambil keputusan untuk meredah jarak sejauh 428 kilometer untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Selain itu, jarak perjalanan tersebut bermula dari Kuala Lumpur untuk ke Tanah Merah, Kelantan.
Difahamkan, tindakan itu demi bertemu isteri tercinta lelaki tersebut setelah sebulan tidak bekerja dan mengambil tindakan untuk pulang ke kampung halaman.
Pulang setelah sebulan tidak bekerja
Menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa, suaminya yang sedang dalam perjalanan ke Gerik itu telah memutuskan untuk pulang setelah sebulan tidak bekerja.
“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik. Gila kepala memikir”.
“Duduk KL pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu”.
“Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” tulis Sara.
Muat naik perkembangan di Facebook
Selain itu, Poksu juga turut memuatnaik video live untuk berkongsi perkembangan dan perjalalanannya kepada rakan-rakan Facebook miliknya.
Salah satu posting yang dimuat naik lelaki yang dikenali sebagai Poksu ini sempat berkongsi gambar kasutnya yang telah rosak.
Di samping itu, dia juga turut berhenti di beberapa hentian untuk berehat dan mengecas telefon miliknya
Dijangka 4 hari baru sampai Tanah Merah
Dalam satu video dimuatnaiknya, Poksu berkata dia hampir pitam setelah dua hari tidak makan nasi dan hanya bergantung kepada minuman isotonik.
Dalam gambar dikongsikannya, Poksu memerlukan masa hampir empat hari untuk sampai ke Tanah Merah, Kelantan.