Connect with us

Viral

[VIDEO] Sejak Usia 8 Bulan Jaga Sendirian, Bapa Tunggal Pandai Make Up Anak Perempuan Jadi Perhatian

Secara semulajadinya seorang bapa memang dikenali dengan sifat dan identitinya yang tegas. Lebih banyak berdiam, dan jarang memujuk.

Namun, itu tidak bermakna mereka tidak peduli, jauh sekali tidak mempunyai perasaan sayang terhadap anak-anak

Terbaru, tular sebuah video memaparkan seorang insan yang bergelar bapa tunggal merias satu-satunya anak tunggal yang berusia empat tahun sembilan bulan.

Lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Ilyas Faris Mohamad bekerja dalam bidang Hospitaliti itu mengakui terkejut ketika kali pertama video dia dan anaknya Rania Fariya tular dan meraih perhatian ramai.

“Saya berkongsi video di TikTok untuk disimpan sebagai kenangan. Kebetulan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masing-masing bosan. Selain itu, saya juga nak tunjukkan aktiviti yang boleh dibuat oleh bapa tunggal.

“Biasanya kita tengok ibu tunggal dengan anak saja. Apabila video pertama kami viral dan meraih hampir sejuta tontonan, saya memang terkejut.

“Baca komen-komen netizen, saya pun makin terharu. Saya tengok ramai yang doakan kami, terus rasa hari saya lebih bermakna dan bersemangat,” ujar lelaki berusia 30 tahun itu kepada portal mStar.

Dalam pada itu, faris turut memaklumkan bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya pada tahun 2017.

Faris yang juga menetap di Kota Tinggi, Johor turut mendedahkan puteri sulunnya itu berada dalam jagaannya sejak berusia lapan bulan dan disifatkan sebagai anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan dirinya.

“Tak susah nak jaga Rania. Saya dengan ibunya juga masih baik dan kami banyak bertolak ansur demi Rania. Dia tak pernah menyusahkan saya sejak kecil sehinggalah ke hari ini.

“Rania seorang yang banyak cakap. Pada masa sama, dia suka bergaul dengan orang dewasa. Jadi, pemikirannya lebih matang berbanding usia sebenar. Rania juga sudah dihantar ke tadika sejak usia tiga tahun dan bercita-cita untuk jadi angkasawan suatu hari nanti,” tmabahnya lagi.

Faris juga mengakui bahawa dia tidak mahir bab fesyen mahupun solekan namun demi menggalas tanggujawab sebagai bapa, dia gigihkan juga untuk memepelajari kemahiran tersebut.

“Bab mekap dan tudung misalnya, saya kurang berminat. Tambahan pula saya sibuk dengan kerja. Tapi anak saya suka berhias, dia suka tengok benda cantik. Sebagai bapa, saya layankan saja.

“Saya nak beri inspirasi kepada bapa tunggal atau ibu tunggal supaya tabah dan fokus 100 peratus terhadap anak. Apa yang kita tak tahu, kita kena belajar demi anak.

“Selagi mampu, saya cuba buat yang terbaik untuk dia. Selain itu, ia juga merupakan tanggungjawab saya. Susah atau senang, saya tetap kena buat.

“Dulu selalu tak jadi ketika pakaikan tudung untuk Rania. Tapi saya berlatih sampai boleh. Mula-mula dulu memang susah.

“Rania pula suka layan YouTube, tengok tutorial mekap dan tudung. Saya sebagai ayah kena sentiasa pantau apa yang dia tengok. Jadi, saya tumpang tengok sekali,” ujarnya berseloroh.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 391.9k tontonan, 36.6k tanda suka dan 595 komen di applikasi TikTok menerusi akaun @farismohamad_91

Video tular di laman Tiktok

@farismohamad_91Susah betol nak cari shawl saiz budak. So aku gunting bagi ngam untuk budak.♬ Beautiful – Anne-Marie

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.