Connect with us

Semasa

[VIDEO] “Sekarang da boleh borak dengan Ainul” Keletah Comel Adik Ainul Buat Netizen Geram

Rakyat Malaysia sentiasa tertunggu-tunggu mengenai perkembangan Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut. Terbaru, si cilik kesayangan ramai itu semakin sihat dan dia juga dilihat sudah mula pandai berinteraksi dengan ibu bapanya. Keletah comelnya itu dapat dapat dilihat menerusi video-video yang dimuatnaik oleh ibunya, Nurul Erwani di laman Instagram. Sekarang dah […]

Seluruh rakyat Malaysia pastinya sentiasa tertunggu-tunggu mengenai perkembangan adik Ainul Mardhiah yang sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut.

Terbaru, si cilik kesayangan ramai itu semakin sihat dan dia juga dilihat sudah mula pandai berinteraksi dengan ibu bapanya.

Telatah comelnya itu dapat dapat dilihat menerusi video-video yang dimuatnaik oleh ibunya, Nurul Erwani di laman Instagram.

“Tengok tu selalu kalau bangun tidur je mesti minta nak tengok Omar&Hana. Cartoon favourite Ainul. Tak kisah lah bangun pagi ke mesti cari Omar&Hana.

“Sekarang dah boleh borak dengan Ainul. Respond dia tu geram je!Sekarang dah boleh borak dengan Ainul. ‘Respond’ dia tu geram je!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Dalam satu video lain pula, adik Ainul dilihat sangat galak apabila disakat oleh ibunya.

“Kalau dengan mama dia asyik kena geletek je! Dah dapat dah spot yang dia geli. Tadi kena sakat dengan walid, dengan mama pun kena juga ya Ainul”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul Erwani Zaidi (@_nrlerwani) on

Ternyata ramai netizen yang teruja dengan perkembangan Ainul dan bersyukur dia membesar dengan sihat.

“Ololoo comelnyeee ..bambam suda ..semoga terus sihat n kuat ye ainul sayangg “

“Alaaa…cutenye..pandai…anguk nak tengok….bijak dia Tu…”

Terdahulu, kisah Ainul mendapat perhatian ramai di media sosial sehingga mendapat perhatian Dr. Amalina Bakri yang berusaha membawanya ke UK untuk mendapatkan rawatan.

Akhirnya usaha Dr. Amalina berjaya dan membolehkan adik Ainul Mardhiah mendapat rawatan di luar negara dengan menggunakan kepakaran doktor di sana.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.