Connect with us

Viral

[VIDEO] “Semoga syurga tempat awok,” Teman Lelaki Kongsi Kenangan Terakhir Bersama Siti Nur Surya

Semalam teman lelaki kepada Siti Nur Surya yang dikenali sebagai Muhammad Haiqal Adnan, 19 tahun, berkongsi Whatsappnya yang terakhir bersama arwah.

Terbaru, Haiqal telah memuatnaik sebuah video di akaun Instagram miliknya nya yang berkongsi kenangan bersama arwah yang membuatkan ramai orang sebak.

Menerusi video yang berdurasi 2 minit 24 saat itu, ia memaparkan kenangan mereka berdua sepanjang mereka berkenalan.

Video tersebut juga menunjukkan screenshot Direct Message Instagramnya yang menyatakan rumah teman wanitanya sudah dirompak.

Lebih menyedihkan, video pengkebumian Siti Nur Surya turut diletakkan pada penghujung video.

“Semoga syurga tempat awok.. terima kasih utk segalanya , awk rehat dgn tenang ye .. sampai mase giliran sy pulop.

“Awok baikk , ramai sayang awok , ramai mri tgok awokk.. smoge saing awk dpt balasan sepadan dgn die buat ni”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Muhammad Haiqal Adnan (@ekalthe6) on

Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut meraih ratusan komen yang mengucapkan salam takziah dan mendoakan supaya Haikal terus kuat menghadapi ujian yang mendatang.

Terdahulu, Haiqal mendedahkan mesej terakhir Surya sebelum kejadian.

“Kali terakhir dia WhatsApp saya adalah pada pagi sebelum kejadian. Saya beritahu nak ke tempat kerja dan dia membalas, minta saya jaga diri,”

Pada mulanya, Haiqal ingatkan rakan itu bergurau apabila dia memberitahu tentang apa yang terjadi kepada Siti Nur Surya.

“Saya kemudian terus ke rumah keluarga arwah dan terkedu selepas mendapati ia benar-benar berlaku.

“Macam tidak percaya, saya dan ibu baru berjumpa Siti Surya pada Sabtu lalu ketika kami menziarahi ibunya di rumah mereka. Ketika itu, arwah mesra bersembang dengan ibu.

“Ketika berbual, ibu sempat berpesan kepada arwah supaya jaga diri dan kesihatan,” katanya menambah, mereka berdua merancang bertunang dan kemudian berkahwin pada tahun depan.

Malah, ketika ditemui di rumah datuk dan nenek Siti Surya di Kampung Beladau Kepong, di sini, Muhammad Haiqal berkata, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk berkahwin tahun depan.

“Kami merancang untuk buat majlis tahun ini tetapi disebabkan Covid-19, ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami menangguhkan sehingga tahun depan,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.