Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Seorang lagi nakhoda pergi..Ke negeri yg abadi..” Akhirnya Jihan Muse Buat Luahan

Hos dan pelawak terkenal, Jihan Muse menerusi Instagram ada menitipkan dedikasi sebagai penghormatab terakhir buat rakan, Abam Bocey yang telah pergi mengadap Illahi dua hari lalu. Menerusi perkongsian kapsyen di Instagram yang dikemas kini, ibu kepada seorang cahaya mata itu reda atas berita dukacita yang diterimanya. “Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa […]

Pastinya semua ternanti-nanti perkongsian dari pengacara dan pelawak terkenal, Jihan Muse mengenai Allahyarham Abam.

Sejak pemergian Allahyarham, Jihan dilihat menyepikan diri di laman media sosial.

Namun semalam, menerusi Instagram Jihan ada menitipkan dedikasi sebagai penghormatan terakhir buat rakan, Allahyarham Abam Bocey yang telah pergi menghadap Illahi dua hari lepas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Di dalam perkongsian video di Instagram, ibu kepada seorang putera itu redha di atas khabar duka yang diterima.

Berikut adalah luahan Jihan Muse.

“Nak menulis tak tertulis. Nak berkata tak terluah. Mulakan saja tanpa tahu mana patut berhenti. Terkejut tapi tidak mengejutkan. Terduduk tapi tidak meraung.

”Mungkinkah kerana sudah terbiasa. Melatih diri untuk faham tentang redha. Melatih diri untuk mengingatkan masa sendiri.

“Belum surut rasa yang satu ditambah lagi pilu yang satu begitulah seterusnya nanti hingga tiba waktu sendiri.

”Waktu yg sudah tiada rasa. Mungkin ada rasa tapi tiada siapa yg tahu rasa yg apa. Berulang lagi sakit dada perit menanti pecah ibaratnya. Allahuakbar.

”Seorang lagi nakhoda pergi meninggalkan anak2 kapalnya berlayar ke pelabuhan jauh. Ke negeri yg abadi. Seorang lagi pemimpin. Lelaki.

“Kita baik ramai sayang. Moga ada ruang di dalam ‘kita’. Allahummafirlahu warhamhu waafihi waafuanhu,”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by JIHAN MUSE (@jihanmuse) on

Video dan puisi dimuatnaiknya itu menerima lebih 400 ribu views di laman Instagram.

Rata-rata para pengikut Jihan Muse turut berkongsi rasa pilu dan sedih bersamanya dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham Abam apabila beliau disahkan telah meninggal dunia awal pagi Isnin.

Berita itu disampaikan sendiri oleh adiknya, ALi Puteh menerusi laman media sosial Instagram.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan lewat petang Isnin di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Semoga Allahyarham Abam tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.