Connect with us

Viral

[VIDEO] “Sepanjang hidupnya tak pernah pakai kereta baru”12 Beradik Hadiahkan Mak Ayah Kereta Baru

Terlalu besar pengorbanan seorang ayah dan ibu dalam membesarkan anak-anak yang tiada tandinganya terutama mereka yang mempunyai keluarga besar yang mana terdiri dari adik beradik yang ramai.

Bukan kerja yang mudah mendidik anak-anak, pelbagai pengorbanan dilakukakan oleh si bapa dalam memerah keringatnya untuk memastikan anak-anak dibesarkan dengan baik dan selesa.

Lain pula peranan si ibu dirumah, jika tidak membantu dalam mencari nafkah ibulah orang yang bertanggungjawab memastikan rumah dalam keadaan bersih dan meja sentiasa mempunyai makanan.

Bukan mudah menjadi suri rumah sebenarnya, ibu adalah manusia yang tidak pernah rehat dari kerja-kerjanya yang sentiasa ada. Memastikan anak-anak ke sekolah, meyediakan makanan dan memastikan rumah dalam keadaan baik.

Nampak mudah bukan, tetapi besar cabarannya samada peranan ibu atau bapa keduanya merupakan tunjang utama kebahagian sesebuah keluarga. Tanggungjawab yang lebih berat jika mereka mempunyai ramai anak.

Terbaru, tular sebuah video, 12 beradik menghadiahkan ibu dan bapa mereka sebuah kerena bagi membalas jasa walaupun harta bukanlah ukuran pada pengorbanan mereka tetapi ia merupakan satu hadiah yang besar buat ibu dan bapa mereka.

Sebagai seorang anak, membalas jasa kedua ibu bapa itu merupakan tanggungjawab mereka apabila sudah besar dan berjaya setelah berpuluh tahun ibu bapa berkorban membesarkan kita.

Tular kini sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook iaitu saudara Ahmad Zulqurnain Ghazali, lelaki tersebut berkongsi sebuah video mereka adik-beradik membuat kejutan buat ayah dan emaknya dengan menghadiahkan sebuah kereta.

Ucapan Khas Kepada Ibu Dan Ayah

Suasana menjadi sebak.

Abang yang sulung membacakan ucapan khas kepada sang ibu ayah.

Tanda penghargaan dari 12 anak dan 10 menantu yang sekelumit pun tidak mampu mengimbangi pengorbanan mereka.

Air mata bergenangan.
.
.
.
Sepanjang hidupnya tidak pernah mereka memakai kereta baru

Sedangkan anak2 nya kini mampu memakai kereta baru.

Sepanjang hidupnya susah payah membesarkan 12 anak2 mereka.

Bukan senang dengan kerja kampung membesarkan 12 orang anak

Di dalam satu pengisian yang sangat membekas dalam jiwa aku.

“Apa yang kita pakai, Kita ada, kita nikmati seharusnya ibu bapa kita harus perolehi lebih dari apa yang kita perolehi. Lebih berbanding apa yang kita nikmati”

Kereta kita selesa sedangkan ayah kita masih memakai kereta lama yang streng pun keras, aircondnya x sedingin kereta baru kita.

Beberapa tahun kebelakang ini kami 12 beradik berusaha sedaya mampu untuk sediakan keselesaan untuk mak dan abah.

Ambil giliran pulang ke kampung menemani mereka yang kesepian.

Jika mengikut sifir alam. Berapa tahun lagi lah tinggal untuk kami berbakti sehabis hati

Kawan2.

Kita di bandar melalui hari yang ceria
Kita dibandar menikmati kehidupan yang selesa

Kita di bandar terlalu sibuk

Sibuk hingga terlupa pulang ke kampung

Sibuk hingga 3 minit telefon mak ayah pun tak terdaya

Ingatlah

Berbaktilah selagi mereka ada!

Kejutan yang dilakukan oleh 12 beradik ini suatu usaha yang murni. Semoga ia membuka mata ramai anak-anak untuk menghargai ibu bapa mereka yang telah berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anak-anak sehingga kita semua berjaya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.