Sebelum ini Cikgu Fathi Hussein pernah viral dengan kaedah pengajaran matematik tambahan yang mudah kepada pelajar-pelajarnya.
Beliau juga turut mengetengahkan cara pembelajaran yang berbeza memandangkan pelajar pada zaman sekarang cukup pantas berkembang seiring dengan kemajuan teknologi.
Permainan soalan Addmath
Jadi, pada kali ini dia sekali lagi tarik perhatian netizen dengan video kaedah pembelajaran di filter IG Story.
Menerusi perkongsiannya di IG story , permainan soalan Add Math tersebut dibuat oleh rakannya yang juga merupakan seorang guru matematik.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat Cikgu Fathie berjaya menjawab soalan Add Math dengan pantas.
Kuiz Matematik Tambahan
Video itu turut disertai oleh Cikgu Ghaz yang merupakan rakan kepada Cikgu Fathie dan dia juga yang mereka soalan matematik tambahan ini untuk dijadikan filter di IG Story.
Selain itu, Cikgu Fathie sempat meluahkan rasa bangga dengan rakannya itu kerana berjaya menghasilkan permainan di filter Instagram untuk hiburan umum.
Boleh disertai seluruh dunia
Difahamkan, permainan itu juga boleh disertai oleh semua orang seluruh dunia dihujung jari sahaja.
Rata-rata netizen turut teruja dengan permainan menjana minda ini dan meninggalkan komen positif buat mereka.
Semoga pelbagai kaedah pembelajaran yang moden dan lebih menarik ini dapat membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran.