Sudah setahun negara kita serta serata dunia dilanda pandemik wabak COVID-19. Ia boleh dikatakan memberi kesan terhadap kehidupan manusia, sehingga ramai yang kehilangan ahli keluarga disebabkan virus tersebut.
Malah, tidak kurang juga mereka yang terpisah daripada keluarga atas sebab tuntutan kerja.
Menerusi satu perkongsian video di laman Instagram milik Syazwana Jamal, memaparkan detik pertemuan anak-anaknya dengan bapa mereka yang sudah lama terpisah sejak bulan Mac 2020.
Jelas Syazwana, suaminya yang dikenali dengan nama Akram bekerja di Qatar dan sebelum adanya pandemik, dia akan pulang ke rumah setiap bulan.
Walau bagaimanapun, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas, Akram yang berada di Qatar tidak dapat pulang ke Malaysia sehinggalah pada bulan Februari tahun ini.
Dengan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini, Syazwana sekali lagi akur dan tidak berharap untuk suaminya itu pulang ke Malaysia. B
Namun, Akram dalam diam membuat permohonan cuti untuk pulang ke Malaysia. Dalam video yang dikongsikan itu, hampir sepanjang masa anak-anaknya menangis meminta ayahnya pulang.
Maka dengan kepulangan Akram, terukirlah senyuman kebahagiaan dan tangisan kegembiraan di wajah mereka.
“Selepas setahun terpisah antara Qatar & Malaysia. Akhirnya, selepas setahun anak2 menunggu kepulangan ayah dorang. Rasa macam mimpi.
“Start before PKP awal Mac 2020 ayah dorang balik Qatar, sampai lah sekarang February 2021 baru jumpa semula.
“Bayangkan before ni tiap2 bulan balik tup2 sebab covid tak dapat balik. Asyik ulang2 kene bagitau anak2 ayah tak boleh balik sebab ada virus. Bahaya. Anak2 sekecil 4&5 tahun terpaksa kene faham.
“Plan asal tahun lepas memang Akram nak balik awal bulan 2 sebab covid macam nak reda dah. Tup2 covid naik balik dekat Malaysia. PKP pulak. Jadi aku tak mengharap.
“Rupa-rupanya diam2 Akram apply cuti dan manager dia approved!
“Dua hari before fly baru Akram bagitau aku. Masa tu aku tengah keje. Menggigil terus nangis. Aku blur2 tanya dia maknanya apa ni? Dapat cuti ke? Boleh balik ke?
“Dia cakap mula2 nak suprisekan sampai balik Malaysia tapi kawan dia nasihatkan bagitau wife and mak dia supaya kami boleh doakan yang terbaik untuk dia balik.
“Lagi2 masa nak buat swab test kat sana. Tu penentu segalanya. Kalau lah tetibe positif memang punah semuanya.
“Alhamdulillah sehari sebelum balik dia buat test dan negatif. Jadi sampai Klia dapat kuarantin 7 hari je kat Subang.
“Akram tak balik for good. Cuma cuti sebulan. Tolak kuarantin seminggu Malaysia, seminggu Qatar masa balik sana nanti tinggal lah 2 minggu untuk kami.
“Tu pon cuti dia dah tinggal 10 hari. Lepas ni tak tau lah macam mana nak balik lagi.
“Tapi kemudian punya cerita nanti lah. Yang penting anak2 happy sangat2 sebab ayah dah janji bila masuk tadika baru ayah nak balik.
“Alhamdulillah terima kasih semua yg mendoakan kami sekeluarga. Tanpa doa keluarga dan kawan2 mungkin aku pon tak kuat.
“Bukan senang aku hidup sendiri kat Sepang bertiga dengan anak2 tanpa Akram dan family. Family jauh kat Johor. Semua benda aku terpaksa hadap sorang. Since January 2017. 4 tahun dah.
“Apa aku boleh cakap, Allah selalu ada dan tolong aku. Doa suami, keluarga & kawan2 jadi semangat aku *walaupon hari2 merempan kat Akram*.
“Terima kasih semua.”
Rata-rata netizen yang menonton video pertemuan semula keluarga itu mengalirkan air mata sambil menahan rasa sebak.
Biarpun tidak berada di tempat mereka, ramai yang tetap berasa terharu dan sedih dengan pertemuan semula keluarga tersebut yang terpisah hampir setahun.