Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.
Sebuah desa gelap gelita pada pukul 10.30 pagi
Berikutan kejadian itu, sebuah desa di Kabupaten Karo, Indonesia kelihatan gelap-gelita apabila diselubungi abu daripada letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utaran.
Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Bernama di laman Twitter, kelihatan Gunung itu telah mengeluarkan azap tebal.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.
Aktiviti dalam radius lima kilometer tidak dibenarkan
PVMBG meletakkan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga.
“Masyarakat setempat dan pengunjung diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari puncak Gunung Sinabung,” menurut kenyataan itu.
Gelap sekali jam 10 pagi seperti malam diselubungi debu
Ekoran daripada itu, warga tempatan dilaporkan tidak berani keluar ke rumah apabila suasana siangnya bertukar persis waktu malam
“Gelap sekali jam 10 pagi, serasa malam akibat debu, sampai saat ini lampu rumah tetap dinyalakan,” ujar Teran Wanto Sembiring, salah seorang penduduk tempatan.
“Karena erupsi itu, desa kita ini sempat gelap dan warga tidak berani keluar rumah,” sambungnya.
Antara duka sinabung dan duka COVID-19
Malah, seorang lagi pengguna media sosial berkongsi luahan ketika dunia kini sedang berperang dengan wabak virus COVID-19, negaranya diuji dengan letusan gunung berapi yang kembali aktif.
“Sekitar Gunung Sinabung dapat Hujan Abu, Antara Duka Sinabung dan Duka COVID-19.” ujarnya.
Beberapa video-video yang dimuat naik di laman Twitter dan Facebook menunjukkan keadaan setempat selepas letusan.
Difahamkan, gunung itu tidak pernah meletus sejak tahun 1600 namun kembali aktif pada 2010 dan letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.