[VIDEO] Siap ‘Live’ Dalam TV, Ifan Seventeen Selamat Bernikah Dengan Citra Monica
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan telah selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Citra Monica Muhammad Sastrawi di Hotel Pullman, Jakarta, Indonesia pada Sabtu.
Ifan mengikat tali pertunangan sekitar April lalu, Ifan Seventeen akhirnya selamat disatukan dengan kekasih hati, Citra Monica.
Ifan sah menjadi suami kepada Citra
Pasangan ini disatukan dalam satu acara tertutup yang berlangsung di Pullman Hotel Jakarta Central Park, Jakarta Barat.
Menerusi acara yang disiarkan secara langsung selama dua jam di Youtube Ifan Seventeen TV.
Ifan sah menjadi suami kepada Citra dengan sekali lafaz. Pernikahan dua merpati sejoli ini juga disiarkan secara langsung di TransTV.
Pasangan ini memilih busana putih
Dalam majlis itu, pasangan ini memilih busana serba putih sebagai tema hari bahagia mereaka.
Ifan atau nama sebenar Riefian Fajarsyah mengenakan busana adat Melayu manakala Citra memakai kebaya.
Ifan serahkan mas kahwin wang tunai M14,500
Dalam majlis tersebut, Ifan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah M14,500, emas seberat 40 gram, set cincin berlian dan kelengkapan solat.
Kehilangan isteri dan ahli kumpulan dalam bencana tsunami
Sebelum ini Ifan Seventeen kehilangan isteri tercinta, Dylan Sahara dalam satu bencana Tsunami di Banten, Selat Sunda pada Disember 2018.
Dalam kejadian itu, ahli kumpulan Seventeen yang lain turut terkorban ketika membuat persembahan pada malam Sabtu.
Sebelum ini, Ifan Seventeen pernah memaklumkan dia akan menikahi Citra Monica pada sekitar pertengahan tahun ini. Malah, dia turut berkongsi persiapan yang bakal melangkah ke fasa seterusnya bersama cinta hati.
Terbaru, penyanyi kumpulan Seventeen itu telahpun sah menjadi tunangan kepada Citra Monica dan berita itu dimaklumkannya sendiri menerusi laman Instagram.
Menerusi kapsyen ringkas yang dikongsinya hanya memaklumkan dia dan Citra Monica telah sah bertunang.
Ifan sebelum ini telah berkongsi foto dengan memperlihatkan sembilan buah dulang hantaran berwarna putih untuk di bawa ke acara pertunangan mereka.
Ifan dan Citra Monica turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua keluarga dan rakan yang sentiasa membantu bagi melancarkan acara pertunangan mereka.
Menerusi video IG Story yang dimuat naik Ifan, kelihatan Citra turut menunjukkan sebentuk cincin yang telah disarungkan pada jari tengahnya.