Connect with us

Viral

[VIDEO] “Siap pasang khemah,” Warung Nasi Kenduri Kahwin Ini Jadi Perhatian

Setiap orang yang menjalankan bisnes pasti mempuyai ‘markerting strategy’ yang tersendiri agar bisnis yang dilakukan berkembang dan sukses.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang mencipta strategy yang unik dan sangat menarik perhatian ramai.

Sama juga dengan kisah yang tular di laman TikTok baru-baru ini dimana sebuah warung di tepi jalan yang membuat konsep ala kenduri kahwin. Fuhh lain daripada yanglain betul!

Menerusi perkongsian video daripada @azmhni.ps, kelihatan dia mengambil beberapa rakaman situasi di sebuah warung tepi jalan.

Pada awalnya, lelaki tersebut menyangka ada kenduri kahwin sedang berlangsung kerana terdapat banyak khemah siap dihias dengan bunga manggar.

“ingatkan kenduri kahwin.. dari jauh dok nampak khemah dan banyak kereta siap dengan bunga manggar”

Tidak cukup dengan itu, apa yang buatkan netizen lebih terhibur adalah, mereka siap memasangkan ‘lagu-lagu kenduri’ seperti ‘kompang dipalu’ bagi membuatkan pengunjung bertambah ‘feel’ bila makan disitu.

“Rupa-rupanya kedai makan ala-ala kenduri kahwin, siap ada lagu kompang dipalu. Rindu betul nak makan nasi kenduri, feeling kenduri gitu tapi pengantin takda haha,” katanya.

“Janji lepasnih ikut mak pi kenduri.. bila tengok ni terus teringin nasi kenduri” katanya menerusi kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 322.6K tontonan, 30K tanda suka, 1320 komen dan 2739 perkongsian di laman TikTok.

Video tular di laman Tiktok

@azmhni.ps Janji lepasnih ikut mak pi kenduri 😩 bila tengok ni terus teringin nasi kenduri 😋 #nasikenduri #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – azmhni ps

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘rindu’ dengan suasana kenduri dan dalam masa yang sama memuji idea kreatif mereka dalam mempromosikan makanan.

“bagus juga ni, kahwin tak payah buat majlis.. lepas akad nikah ajak tetamu datang sini, siapa nak makan bayar sendiri”


“kenduri versi kena berduit bukan makan free”

“brilliant markerting”

“yang single boleh lah makan dekat sini, tak ada makcik bawang tanya kau bila lagi”

” ade adegan basuh pinggan sambil duduk tak dekat situ”

“sebijik macam kenduri”

“rare la warung ni”

“lepas tengok video ni terus rasa nak menikah”

“rindu nak makan nasi kenduri.. bayar pun tak apa lah.. janji hilng rindu kat nasi kenduri.. mengidam tiba-tiba”

“menjadi juga kalau buat macam ni.. KKM tak boleh kata apa dah.. winnnnnn”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.