Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Siapa minta maaf?” Buat Content Wanita Perampas, Intan Saleh Balas Teguran Netizen

Pemilik nama Intan Saleh mula dikenali ramai apabila kisah rumah tangganya bersama pemuzik, Ude Wahid berakhir dengan penceraian.

Terbaru, Intan Saleh memuat naik satu video dengan mimik muka yang cukup menarik telah menjadi perhatian netizen.

 

Menerusi video yang bedurasi 11 saat itu kelihatan Intan Saleh sedang mengikuti ‘trend terkini’ yang mula ‘viral’ kebelakangan ini.

Intan dilihat membuat satu content yang diiringi suara yang berbunyi memerli golongan wanita yang merampas pasangan orang lain.

“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!”

@intanroxssaleh##forfunonly♬ original sound – Nurhayatitahirr

Namunpun begitu, terdapat segelintir netizen yang ‘bitter’ dengan video tersebut dan menggangap intan masih tidak ‘move on’ dengan apa yang berlaku pada rumah tangganya.

“Sudah-sudah lah. Kan kat Melodi dah minta maaf. Pergi buat benda-benda macam ni nampak sangat ujian rumah tangga dulu tu sebenarnya nak ajar kamu yang sama-sama lemah.”

Sejurus dengan itu, Intan Liana Salleh tampil memaklumkan bahawa dia hanya mengikuti content yang sedang menjadi trend sekarang di laman TikTok.

“Hi sister, tak payah nak bitter sangat. Ini hanya content sahaja. kalau tak suka boleh scroll laju-laju okay?”

“Dekat Melodi dah minta maaf? Siapa yang minta maaf? Ujian rumah tangga tu ye memang tu semua ujian kita semua ada ujian tersendiri dan lain-lain ujian. Saya cuma nak berhibur sahaja.”

Hanya content saja

@intanroxssalehReply to @missharummaneh♬ original sound – intanroxssaleh

Siapa sangka video Intan Salleh yang mua tular ini berjaya meraih 1M tontonan, 59.9k tanda suka dan 2831 komen.

Meninjau di ruangan komen, ada juga netizen yang merasakan bahawa sesiapa yang mengecam Intan Salleh ini merupakan individu yang pemikirannya tidak terbuka dan hanya mencari salah orang lain sedangkan tujuan asal Intan hanyalah untuk berhibur.

“yang terasa tu mungkin dia pun rampas hak orang jugak kot”

“bukan setakat lemah je tapi taktahu malu”


“win… bukan setakat lemah tapi low class hehehe”

“some people in this comment just can’t accept joke its hilarious”

Intan adalah bekas isteri kepada pemuzik bebas, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid yang kini suami, Izreen.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup Intan dan Ude, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.