Pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang mengambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur fitnah mengenai hal rumahtangganya.
Menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curang dengan Puteri Sarah’ untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.
Menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.
Kita akan dapatkan id
“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube.
“Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id.
“Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing around with my f******g name bro.
Tolong hormati orang lain
“Sekarang ini dekat saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.
“Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa fitnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” katanya.
Saya akan saman
Menurut Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.
“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.
“Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.
“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah.
“Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people.
“Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like shit man. Malas cakaplah, see you in court!” tegasnya.
Sebelum ini, media melaporkan kelibat Puteri Sarah berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama.
Bahkan, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.
Menerusi tinjauan di laman Instagram Syamsul, kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.
Kedua-dua pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah berusia setahun.