Pasangan bercinta dan merajuk memang tak dapat dipisahkan. Biasanya orang perempuan memang kuat merajuk, lebih-lebih lagi dengan orang yang dia paling sayang.
Sebelum berkahwin, mahu pun telah berkahwin, sikap ini mesti ada dalam setiap wanita.
Lumrah percintaan sememangnya ada pasang surutnya dan perselisihan faham itu merupakan perkara biasa.
Tidak dinafikan, perkara sebeginilah yang membuatkan kita dapat mengenali pasangan dengan lebih dalam.
Sama juga seperti sebuah kisah yang tular baru-baru ini apabila seorang wanita tidak dapat menahan perasaan geramnya apabila suaminya beriya-iya nak ‘join’ untuk menangkap bunga pengantin di sebuah majlis persandingan.
Difahamkan, menurut kepercayaan negara luar, siapa yang berjaya menangkap jambangan ini dikatakan bakal berkahwin kelak.
Lelaki ini bagai sengaja menjerat diri sendiri apabila dia kelihatan terkinja-kinja melompat sedaya upaya untuk mendapatkan bunga itu sejurus pengantin melambungkannya.
Hal itu dapat diketahui oleh isterinya lalu dengan selamba lelaki ini masih ‘berani’ untuk pulang ke rumah.
Video tular sambut bunga pengantin
Sampai sahaja di rumah, lelaki tersebut tidak dapat membuka pintu oleh kerana ‘pin code’ pada pintu telah diubah angka oleh isterinya.
Bukan itu sahaja, menerusi video tersebut kelihatan isterinya sudah menyediakan khemah anak di halaman luar.
“Ketawa-ketawa…Bukalah sendiri…Sapa suruh lempar-lempar bunga” kata isterinya sambil sengaja membuat muka marah.
Namun tanpa berputus asa, lelaki tersebut cuba memujuk dengan menggunkan percubaan yang pertama
“Saya sebenarnya ambil bunga itu untuk kamu”
Percubaan pertama gagal dan dia cuba sedaya upaya dengan percubaan ke dua supaya dapat masuk ke dalam rumah
“saya lapar.. saya belum makan daripada tadi”
Tapi apa yang membuatkan netizen semakin ‘berdekah’ bila isterinya hanya memberikan kacang melalui tingkap untuk suaminya alas perut.
Percubaan ketiga, dia memaklumkan pada isterinya bahawa dia mahu membuang air besar namun isterinya hanya memberikannya tisu melalui tingkap. Merajuk isterinya ini betul-betul ‘next level’ guys!
Video terpaksa tidur luar
Walau bagaimanapun, demi menebus kesalahan, lelaki itu akur dengan membersihkan lantai.
Siapa sangka, ketika artikel ini ditulis, video tersebut berjaya meraih 33.9M tontonan, 2.2M tanda suka dan 24.6k komen.
Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri yang bergurau dengan cara mereka tersendiri.
Ada juga netizen yang berseloroh mengingatkan orang ramai agar tidak ‘main-main’ dengan perkara sebegini dengan isteri.
Takut tersilap haribulan tak dapat masuk rumah terus!