Sejak akhir-akhir ini virus COVID-19 semakin pantas menular dalam komuniti kita.
Malah, berita selebriti-selebriti yang positif virus tersebut juga semakin kerap didengar.
Terbaru pada 14 Januari 2021, suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong iaitu Shazli Azhar, telah berkongsi tentang perkembangan dirinya yang positif COVID-19 melalui Instagram.
Shazli menulis pada ruangan caption:-
“Swab test done by @kumpulan_megaklinik_zahran very professional and fast.. they can come to your house and do it..and my results came out positive… but Alhamdulillah getting better .. be safe guys and follow sop”
Memberitahu tentang keputusan swab test itu, Shazli bagaimanapun berkongsi keadaan dirinya yang semakin membaik.
Selain itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Perkongsian ini mendapat perhatian daripada para pengikut Instagramnya yang meninggalkan komen-komen.
Mereka juga tertanya-tanya tentang keadaan Emma Maembong dan bayi mereka.
Terdahulu, Emma Maembong selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan di Shah Alam pada 8 November lalu jam 2.38 pagi.
Emma ketika dihubungi berkata, bayi itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.2 kilogram.
“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar,” katanya.
Emma berkata, selepas mengalami kontraksi, doktor menyarankan dia ditahan di hospital kerana mahu memantau degupan jantung bayi.
“Ketika membuat pemeriksaan doktor memaklumkan ‘jalan untuk bersalin’ sudah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang dan akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokannya,” katanya.
Menurut Emma, dia bersyukur suaminya, Muhammad Shazli Azhar sentiasa berada di sisi dan banyak memberikan kata-kata semangat.
“Alhamdulillah suami saya banyak memberi semangat dan ada di sisi saya sepanjang waktu. Saya kini menjalani tempoh berpantang di rumah dengan dibantu seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang untuk membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi apabila saya tidak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tidak selepas bersalin.
Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan pada 20 Februari lalu.