Connect with us

Semasa

[VIDEO] Lelaki Ingkar PKP, Isteri Sarat 9 Bulan Datang Balai Minta Restu Suami

Setiap pasangan yang melayari bahtera perkahwinan pastinya akan ada dugaan dan ujian bagi setiap pasangan.

Begitu juga dengan dugaan yang dihadapi oleh seorang wanita yang sedang sarat mengandung sembilan bulan.

Pengorbanan seorang isteri

Wanita sarat mengandung ini diduga apabila suaminya telah ditahan pihak polis disebabkan ingkar PKP.

Apabila wanita ini mengetahui suaminya berada dalam tahanan polis, wanita itu yang menanti hari untuk melahirkan ini telah datang ke balai polis.

Difahamkan, suaminya ditahan polis dalam pemeriksaan di Jalan Seberang Putra – Sungai Baru, Alor Setar, lapor Berita Harian.

Datang minta restu suami

Wanita sarat ini gigih datang ke balai polis dan berhasrat untuk bertemu dengan suami yang turut ditahan.

Sementara itu, wanita sarat mengandung yang berusia 30-an ini telah ditemani jirannya ke balai polis.

Wanita ini datang untuk meminta restu suaminya yang berusia 33 tahun kerana bimbang bersalin anak ketiga mereka pada bila-bila masa sahaja.

Suaminya cuba lari dari anggota polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata lelaki terbabit dikatakan menunggang motosikal dan cuba lari sebaik ternampak anggota polis.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut berjaya ditahan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Lelakinya seorang yang dikehendaki polis

Selain itu, lelaki berkenaan merupakan seorang yang sudah lama dicari oleh pihak berkuasa sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, lelaki itu dikehendaki polis berkaitan kes dadah dua tahun lalu mengikut Seksyen 15(1) 1952,” katanya.

Diharap si isteri tabah mengharungi dugaan dan semoga urusan bersalin anak ketiganya dipermudahkan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.