Tidak semua dari kita bernasib baik dan lahir dari keluarga yang berada. Ada diantara kita masih bergelut dengan pelbagai ujian yang datang dalam hidup mereka.
Walaubagaimanapun, manusia tidak akan pernah lari dari ujian hidup. Ramai diluar sana masih bertungkus-lumus menyediakan yang terbaik untuk keluarga mereka.
Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Nur Natasya.
Keluarga ini menaiki motosikal dari Ipoh ke HKL
“Dia dan suami terpaksa menaiki motosikal dari Ipoh, Perak dengan membawa anak perempuannya menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur”.
“Alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan kami semalam dari perak ke KL. Syukur ya Allah”.
Ini pilihan yang tingaal untuk bawa Mardhiah ke HKL
“Bertolak pukul 3.30pm sampai dalam pukul 9 lebih. Satu-satu pilihan yang tinggal untuk bawak mardhiah ke hkl”.
“Sebelum ade yang tersasar jauh dengan soalan-soalan, maafkan kami jika kami terlihat seperti ibu bapa yang tak cukup baik”.
“Ini la pilihan terakhir kami semalam selepas terjadi beberapa masaalah tak dapat dielakkan”.
Ketika berteduh hujan kami doa Allah pelihara kesihatan Mardhiah
“Hujan lebat sebelum sampai rnr ladang bikam. Berhenti untuk berteduh dan ganti baju mardhiah lap2 badan dia sambil2 doa kt Allah supaya Allah pelihara kesihatan mardhiah”.
“Selepas ladang bikam sehingga ke behrang mama ganti bawak motor dengan papa supaya papa boleh berehat sekejap setelah perjalanan yang lama”.
Ada orang tumpangkan kami hingga ke HKL
“Alhamdulillah selepas rnr behrang ada 2orang abang naik 4×4 tahan suruh berhenti kt tepi highway. Tanya nak g mana, dari mana”.
“Dorang terkejut dan tumpangkan kami sehingga ke hkl. Walaupun masing-masing tak yakin boleh lepas kat roadblock duta atau tak”.
“Sampai di tol duta sekali lagi Allah permudahkan. Thank you abang polis mudahkan urusan kami”.
Terima kasih, ramai orang tolong kami
“Dan terima kasih pada yang menaja hotel oyo kami untuk 3hari dua malam. Pada yang bantu kami untuk service motor sebelum gerak petang semalam”.
“Kepada abg alza, terima kasih juga sedekahkan kat mardhiah duit belanja, sambil lalu akt sebelah kami, mardhiah duk sebelah mama, papa pegi beli roti”.
Allah ganti dengan orang berhati mulia tolong kami walaupun tak kenal
“Tiba-tiba dengar mardhiah bye2 orang, toleh2 ade abg naik alza bye2 dia. Tengok-tengok kat tangan mardhiah ade duit”.
“Abang tu jerit tak pe abg sedekah, Allahu. Doa sungguh-sungguh ni in Shaa Allah, Allah makbulkan”.
Kami memang sangat memerlukan dengan keadaan sekarang
“Walaupun ade sekali terpaksa lalu hujan lebat sebelum smpai tmpt berteduh tapi Allah ganti dengan orang yang berhati mulia.. Tak kenal taip sudi tolong kami”.
“Kepada abang-abang yang bawak 4×4 yg tumpangkan kami semalam dan kepada abang alza serta org2 yang bantu kami saat kami mmg sangat memerlukan dgn keadaan sekarang”.
Kami sekeluarga akan sentiasa doakan kalian
“Terima kasih sangat-sangat dan kami sekeluarga akan sentiasa doakan supaya Allah lindungi kalian”.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia akhirat kalian, semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga, Aamin ya rabb”.
Semoga lebih ramai individu yang tampil menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.
Diharap semoga keluarga ini dipermudahkan urusan mereka dan adik Mardhiah sihat seperti kanak-kanak lain.