Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Suami saya, hak saya” Netizen Bengang Isteri Buat Video TikTok ‘Back-Up’ Shuk Sahar

Beberapa minggu lepas, dunia hiburan dikejutkan dengan kisah pelawak Shuk yang dikatakan kembali curanng dengan wanita bernama Fara Salleh.

Malah perkara itu didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah ataupun lebih dikenali sebagai Sera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_hotfm)

Disebabkan berang dengan sikap lelaki itu, rata-rata netizen menyokong tindakan Sera mendedahkan hal tersebut dan terus meninggalkan kata-kata semangat supaya dia tabah menghadapi ujian ini.

Tak lama kemudian, pelawak itu berjanji akan berubah dan terus setia menjaga isteri dan anak-anaknya. Bahkan pasangan itu kelihatan sudah berbaik semula selain turut mempromosikan produk milik Rossalennah baru-baru ini.

Pun begitu, tindakan Sera memuat naik sebuah video pendek di aplikasi TikTok kelmarin ternyata membuatkan netizen geram. Eh dah kenapa? Walaupun netizen bertungkus-lumus memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu sebelum ini tetapi nampaknya dia lebih memenangkan suaminya.

Daripada video tersebut, dia sepertinya menempelak sebilangan komen yang mengkritik dirinya mempertahankan suaminya. Sera mengatakan bahawa ‘Beranak bukan percuma’, ‘Duit suami aku bukan suami kau’ dan ‘Suami saya hak saya sis’.

Nampak seperti mahu bergurau mengenai situasi tersebut namun para netizen jelas tidak senang dengan video yang dirakam tersebut.

Bagi mereka, wanita itu sepertinya lupa bahawa dia adalah orang pertama yang membongkarkan hal kecuranngan Shuk untuk tatapan khalayak ramai.

Rata-rata netizen sepertinya ‘fed-up’ dengan drama yang menyelubungi pasangan ini dan berharap agar mereka dapat menyelesaikannya secara peribadi selepas ini tanpa menghebahkannya untuk pengetahuan umum.

@cococurv_rossasera##fypシ ##fyp ##itstartsontiktok ##fypdongggggggg ##shouldbeme♬ оригинальный звук – Lerushka

Sebelum ini, pihak pengurusan Ripple masih lagi menggantung sementara perkhidmatan Shuk Sahar yang berkuat kuasa serta-merta sejak 25 Januari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan stesen itu mengesahkan bahawa isu peribadi berkaitan Shuk yang bertugas di Hot FM masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

“Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini. Pengumuman akan dibuat kelak,” katanya.

Terdahulu, perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu peribadi membabitkannya.

Sekitar Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani.

Menerusi beberapa perkongsian hantaran yang dimuat naik di Instagram, Sera mendedahkan Shuk masih lagi curang bersama wanita lain yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Untuk rekod, Shuk dan isteri, Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, kini berumur setahun.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.