Anak merupakan satu anugerah yang besar buat setiap pasangan tidak kiralah anak kandung ataupun anak angkat.
Merekalah adalah tanggungjawab dan amanah dari Allah yang wajib kita sempurnakan.
Begitu juga yang dirasakan oleh keluarga besar Datin Shahida, isteri kepada jutawan kosmetik Malaysia, Dato Aliff Syukri.
Pasangan ini walaupun sudah memiliki empat orang cahaya mata, masih memilih untuk mengambil anak angkat, Ameena.
Terbaru, menerusi perkongsian di Instagram, salah seorang pekerja Aliff Syukri dan Shahida ini yang dikenali sebagai Shaffier atau Cik Bawang berkongsi momen Datin Shahida sedang mengikat rambut Ameena.
Cik Bawang juga berkongsi kapsyen mengatakan Ameena adalah pilihan yang bukan biasa-biasa bagi keluarga itu.
Hahahahaha ameena pilihan yang bukan biasa2…Semoga dipermudahkan Amin.
#Happy2 #dimankan
Di dalam video tersebut, Datin Shahida dilihat melayan baik anak angkatnya itu dan Ameena juga nampak senang bersama ibu angkatnya.
Malah, Ameena juga dilihat dimanjakan oleh ibu angkatnya itu dan terserlah kemesraan mereka berdua.
Rata-rata netizen terhibur melihat momen itu dan sebak melihat keakraban Datin Shahida bersama Ameena.
Ada juga netizen yang mengatakan mereka lebih percaya dengan penjagaan Datin Shahida yang bersifat keibuan.
Dapat dilihat juga Ameena juga biasa pergi ke mana-mana bersama Datin menaiki kereta Porsche iaitu kereta baru pemberian hadiah dari Dato Aliff.
Netizen ternyata terhibur dengan gelagat Ameena yang suka naik kereta merah tersebut berbanding kereta lain.
Sifat keibuan DS Shahida harus dicontohi kerana beliau kelihatan tidak membelah bahagi rasa sayangnya terhadap anak-anak kandung dan anak angkatnya.
Walaupun pelbagai isu yang dihadapi suaminya, Aliff Syukri, DS Dhahida dilihat tenang menguruskan kesemua anak-anaknya dan menjalankan tanggunjawabnya sebagai ibu dan isteri.