[VIDEO] Sultan Johor Drive Proton Lama Hantar Tun M Pulang
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mencemar duli dengan menghantar Perdana Menteri Mahathir Mohamad ke lapangan terbang antarabangsa Senai, lapor Malaysiakini.
Baginda bahkan memandu sendiri kereta Proton Saga biru dengan nombor pendaftaran Proton 1 keluaran pertama yang dinaiki Mahathir.
Tun Mahathir duduk di bahagian penumpang depan sampai melambai tangan ke arah pemberita dan orang ramai yang menunggu di luar Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Jarak antara istana itu ke lapangan terbang Senai kira-kira 25km.
Kereta itu dihadiahkan kepada ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar pada 1985. Almarhum ketika itu bertugas sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Mahathir perdana kali menjadi perdana menteri pada tahun 80-an.
Tun Mahathir dan Sultan Johor, kedua-dua mereka terkenal sebagai pencinta kereta. Mereka diiringi oleh pasukan keselamatan yang bermotosikal dan berkereta.
Terdahulu, Tun Mahathir mengadap Sultan Ibrahim. Perdana Menteri tiba dengan pesawat khas jam 3.30 petang dan disambut Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.
Turut hadir, barisan EXCO Kerajaan Negeri dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim.
Difahamkan, ia pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Mei lalu.