Terdahulu pada 3 Januari 2020, pelakon Harris Annuar memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif jangkitan Covid-19 selepas menjalani satu ujian saringan semalam.
Berita tersebut dikongsikan bekas finalis Hero Remaja 2017 itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya awal pagi tadi.
Harris positif Covid saringan pertama
“Assalamualaikum, semalam pada 3/1/2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan Megaklinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan yang pertama”.
Selain itu, pelakon drama TQ Captain itu turut menasihati mana-mana individu yang bertemu dengannya untuk menjalani ujian saringan Covid-19 secepat mungkin.
Terima surat pelepasan selepas disahkan bebas jangkitan Covid 19
Terbaru, pelakon Harris Annuar memaklumkan dirinya kini sudah menerima kebenaran pelepasan daripada melakukan isolasi selepas disahkan bebas daripada jangkitan Covid-19.
Berita gembira itu perkongsian di laman Instagramnya, beliau memuat naik status berkenaan untuk dikongsikan bersama pengikutnya.
Difahamkan, Harris telah menjalani 12 hari pengasingan kuarantin kendiri sejak 4 Januari lalu.
Alhamdulillah atas segala dugaan ni, In Sha Allah ada manisnya selepas ini
Terima kasih atas segala ucapan dan doa
“Alhamdulillah Ya Allah atas segala dugaan ini. Insya ada manisnya selepas ini” tulis pelakon ini.
“Aku dah boleh keluar, tapi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pula. Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Sesudah kesulitan, ada kesenangan,” katanya.
Harris buat kejutan kepada ibunya
Menerusi entri berkenaan, Harris turut berkongsi surat pelepasan isolasi yang diterimanya dari Kementerian Kesihatan.
Malah, Harris kemudian turut membuat kejutan kepada ibunya, usahawan, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton sebaik dibenarkan pulang ke rumah.
Lamanya tak tengok Aboi, rindunya
“Lamanya tak tengok, rindunya. Aboi (panggilan Harris) kurus gelap hitam, kenapa” ujarnya ibunya.
“Dah dapat surat pelepasan? Alhamdulilah, tapi Aboi kurus sangat, susah ke duduk di luar? Kenapa?,” tanya ibunya sebaik melihat kehadiran Harris di muka pintu.
Kehidupnya baik sahaja sepanjang tempoh kuarantin
Harris menjelaskan kepada ibunya, kehidupannya baik-baik sahaja sepanjang tempoh kuarantin.
Terdahulu, pelakon Harris Annuar telah disahkan positif Covid-19, selepas pulang daripada bercuti di Langkawi.
Rakaman video tersebut telah meraih lebih dari 400,000 tontonan setakat ini setelah dimuat naik tidak sampai 24 jam.