Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Susah senang bersama,” Aliff Syukri Beli Rumah Mewah 2 Tingkat Untuk Isteri

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan isterinya Datin Seri Nur Shahida sebuah rumah baru yang terletak di Bandar Puncak Alam, Selangor.

Seperti yang diketahui umum, usahawan kosmetik ini gemar memberi hadiah kepada isterinya sebagai tanda penghargaan dalam memajukan perniagaan mereka.

Rumah baru untuk isteri

Menerusi perkongsian di laman Instagram, beliau pada awalnya ingin membuat kejutan buat isteri tersayang.

Akan tetapi isterinya perlu menjalani kuarantin di rumah susulan adiknya disahkan positif Covid-19.

Kejutan buat isteri kesayangan tak kesampaian

“Lawa tak? Suprise untuk wife yang tak kesampaian. Sedih sangat sepatutnya saya melihat rumah yang saya nak hadiahkan ini dengan @shahidadherbs”.

“Akan tetapi sebab adik dia @shaiful_rashid kena positif covit dia x leh keluar dari rumah atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”.

 

Hartanah aset yang tak pernah jatuh sebab itu saya hadiahkan isteri saya

“Harini saya selamat melihat 7unit rumah saya di sini yang dah siap yang saya nak sewakan murah2 wussp no 0193146133 kalau nak sewa”.

“Bagi saya nak senang untuk berjaya kita kene bijak berbelanja jangan terlalu hayal dengan membeli barang-barang yang tidak berfaedah”.

Rumah ini tanda penghargaan saya buat dia

Menurut Aliff, beliau memilih untuk menghadiahkan rumah dua tingkat itu kerana baginya hartanah adalah aset yang tidak akan menurun harganya selain mahu mengembirakan isterinya hingga ke akhir hayat.

“Bagi saya propety adalah aset yang tak pernah jatuh harga sebab itu saya menghadiakan untuk isteri saya. Rumah ini saya belikan untuk dia tanda penghargaan saya dengan dia”.

Semoga dia gembira, kami senang dan susah bersama

“Semoga dia gembira. Oleh itu kami senang dan susah bersama-sama. Tag suami korang hadiahkan rumah lagi untung”.

Menjengah ruangan komen, posting ini dihujani pelbagai komen daripada pengikutnya yang turut tumpang gembira dengan kejayaan beliau.

Mereka turut memuji cara usahawan ini menghargai pengorbanan isteri tersayang dan mendoakan pasangan ini berkekalan hingga je jannah.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.