Connect with us

Viral

[VIDEO] Tak Boleh Tengok Muka, Abang Loya Nak Muntah Lihat Muka Adiknya

Seringkali kita dapat lihat, anak kecil yang mengetahui bahawa dia bakal mendapat adik yang baru pastinya akan berasa sangat gembira dan seronok menunggu kehadiran adiknya.

Malah ada yang sampai tidak mahu berpisah dan sentiasa mahu bersama dengan adik mereka kerana mempunyai rasa teruja dan sayang.

Ada juga yang tidak suka menerima kedatangan orang baru dalam hidup mereka kerana belum puas merasai kasih sayang ibu bapa sepenuhnya.

Namun biasanya itu hanya sekejap sahaja tidaklah seteruk kanak-kanak yang tular di media sosial ini yang sering berasa loya sejak kehadiran adiknya pada hari pertama.

“Anak saya loya setiap kali melihat adiknya”

Menerusi video tersebut, seorang bapa telah merakam reaksi anak pertamanya setelah membawa pulang bayi kedua mereka ke rumah tetapi reaksi anak sulungnya itu amat membimbangkan dia dan isteri.

Katanya, pada hari pertama lagi anak sulungnya itu seperti tidak dapat menerima adik lelakinya itu kerana setiap kali melihat muka adiknya pasti dia akan berasa loya seakan-akan mahu muntah.

Mereka suami isteri juga tertanya-tanya apakah punca dan alasan dia jadi sebegitu setiap kali melihat adiknya.

Dah Mandi Pun Tetap Rasa Loya

Pada mulanya, bapanya menganggap mungkin kerana bayi itu busuk, atau dia takutkan bayi namun setelah selesai dimandikan reaksi anak itu masih sama berasa mual, tetapi jika diberi baju bayi tersebut, sikap anaknya tidak sebegitu malah boleh mengigit-gigit fabrik berkenaan tanpa rasa mual.

Masih Loya Namun Cuba Terima Adik

Difahamkan, setelah beberapa minggu hidup bersama anak sulungnya itu masih berkelakuan sama berasa loya setiap kali melihat muka adiknya namun tidaklah separah seperti pada awal kepulangan bayi itu.

Menurut bapanya lagi, mungkin anak sulungnya itu sedang cuba menerima kehadiran orang baru dalam hidupnya.

Menerusi video yang dikongsikan di tiktok itu, netizen terhibur dengan reaksi anak sulungnya itu namun ada juga yang membuat andaian sendiri dengan mengatakan bahawa anak lelakinya itu menunjukkan rasa cemburu.

Walau bagaimanapun, hanya anak kecil itu sahaja yang tahu apakah yang dirasainya ketika cuba menerima kehadiran orang baru.

Video tular di Tiktok

@schobyyyMy son is sick of seeing his baby brother😂🤮 #fypシ #baby #tiktok

♬ original sound – Devon Schoby

@schobyyyReply to @rangiku24

♬ original sound – Devon Schoby

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.