Connect with us

Viral

[VIDEO] Tak Kekok Jaga Ibu, Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Penyayang Depan Mata

Satu klip video rakaman memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata netizen.

Menerusi rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.

Menerusi laporan mStar, pemilik video tersebut, Umi Qazrina, 24, memberitahu dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani pembedahan kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.

“Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.

“Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula viral. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya.

Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.

“Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.

“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah viral.

“Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?

“Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.

Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.

Ibunya yang juga baru sahaja menjalani pembedahan untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.

Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.

Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.

“Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,”

Video yang tular di Tiktok

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.