Lima negeri dan tiga wilayah persekutuan akan kembali kepada sekatan ketat di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dalam rangka kerajaan menangani Covid-19 bermula tengah malam tadi.
Malah, negeri-negeri lain akan melihat perubahan pada PKP bersyarat (PKPB) dan PKP pemulihan (PKPP) yang dikenakan di negeri-negeri tersebut.
Pelaksanaan ini pastinya memberi kesan kepada semua termasuklah bakal pengantin yang sudah membuat perancangan yang lama.
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang wanita ini apabila tarikh pernikahannya telah bertembung dengan pelaksanaan PKP.
Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Izatul Israq menggayakan baju kerja sebagai persalinan waktu pernikahan mereka.
Menurut Izatul, semuanya terjadi tanpa perancangan dan bersyukur keluarga menerima idea spontan itu.
“Ye, Islam itu mudah kan. Baju tiada masalah, saya nikah guna baju kerja…”
Assalamualaikum.
Di hari terakhir kita bebas sebelum PKP, saya selamat dinikahkan. Semua benda jadi tanpa sebarang planning. Saya and suami eh dah ada suami rupanya. okay.
Kami struggle call pejabat agama and tanya macam mana urusan nikah yang sepatutnya pada 01 Feb 2021, so pejabat agama bagi option sama ada tunda and borang kena buat semula atau nikah by today.
Call mak abah explain everything, kami semua decide nikah harini. And yes , sy tengah kerja and ambil el untuk today and suami saya dari siap-siap nak pergi kerja terus ke pejabat agama.
Terima kasih mak Saudah Napiah , abah Abuhashim Hashim , sedara mara dan sahabat yg membantu saya memudahkan urusan saya harini.
Dan ye, saya nikah guna baju kerja. Thankyou everyone. Dengan sekali lafaz, dia suami saya. Ye, Islam itu mudah kan. Baju tiada masalah. Alhamdulillah. Finally, husband and wife.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Sah. Saya isteri dia.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai dan ramai juga memuji keluarga mereka yang sporting dengan idea ‘nikah ekspress’ mereka.