Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Tak menang tangan melayan” Cempedak Goreng Air Tangan Isteri Abam Bocey Jadi Tumpuan

Siti Nurhidayah Mohd Ali, balu kepada Allahyarham Abam Bocey memberitahu dia kini sibuk berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng.

Menerusi laporan Gempak, Hidayah berkata dia sendiri turun padang menjual bersama adik iparnya di Sabak Bernam, Selangor.

 

View this post on Instagram

 

Part 3

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Menurutnya, dia memang suka berniaga dan kini mula berniaga kecil-kecilan dengan membuat kuih.

“Saya memang suka berniaga. Sejak Hamzah dah besar ni, saya mula berniaga kecil-kecilan dari membuat kuih dan bakal ada pembaharuan di masa akan datang.

“Perniagaan cempedak goreng ini bermula sejak awal bulan tujuh. Saya sendiri turun padang berniaga bersama adik ipar saya.

“Biasanya kedai buka pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang tapi bergantung pada keadaan juga,” katanya menerusi kiriman WhatsApp.

Hidayah juga memberitahu dia bersyukur dengan sambutan yang diperolehi daripada pelanggan yang tidak putus kunjung untuk membeli.

“Saya jual dengan harga RM2 untuk 4 biji. Alhamdulillah, cempedak goreng saya dapat sambutan sampai tak menang tangan untuk melayan.

“Baru menggoreng ja terus habis dibeli orang. Syukur, alhamdulillah setiap hari jualan habis sebelum waktunya,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

“Rezeki datang macam-macam bentuk. Kadang-kadang kita ambil tak kisah pun walau rezeki tu sekadar berharga RM5.

“Rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah SWT. Dia beri kepada siapa yang dia suka,.

“Yang paling penting, Mengejar rezeki jangan Mengejar jumlahnya tapi kerjarlah berkahnya”

“Terima kasih semua support & beli Cempedak goreng & produk2 keluaran dayah..

“Al-fatihah dibaca buat arwah suamiku Syed Umar Mokthar..”

Allahyarham Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, pada 10 Februari lalu.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Hidayah pada 8 Disember 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini telah berusia setahun satu bulan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.