Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Tak payah bodohkan..” Ditegur Masak Dakwat Hitam Sotong, Siti Sarah Tanya Imam Muda Asyraf

Penyanyi Siti Sarah sering berkongsi perkembangan hidupnya di laman Instagram bersama peminatnya.

Menerusi satu perkongsian video, penyanyi tersebut berkongsi rakaman beliau sedang memasak sotong.

Dakwat hitam sotong dikatakan langgar hukum agama

Bagaimanapun, Siti Sarah ditegur oleh netizen gara-gara memuat naik video dia sedang memasak sotong masak hitam.

Penyanyi itu dilihat menggunakan ‘dakwat’ hitam tersebut yang dikatakan melanggar hukum agama.

Sarah kecewa komen kasar netizen mengenai masakan dakwat sotong

Posting yang telah dimuat naik oleh Siti Sarah di Instagramnya, dia berasa kecewa dengan komen-komen netizen yang agak kasar terhadap menu masakan menggunakan dakwat sotong.

“Baru ni ada masak sotong masak hitam, ramai juga yg dm, tapi tak la post semua amik 3 ig story je buat cth.”

Siap bodohkan kita pulak

“Alih2 ada yg menghentam n ckp bkn2, siap bodohkan kita pulak. kot ye pun tak boleh cakap elok2 ka? katanya ada ustaz facebook ckp haram makan sotong masak hitam.”

Tidak berpuas hati dengan komen netizen, Siti Sarah telah meminta suaminya, Shuib Sepahtu untuk bertanyakan hukum mengenai masak menggunakan dakwat sotong kepada Imam Muda Asyraf.

Hukum makan dakwat sotong adalah harus

Menurut Imam Muda Asyraf, hukum memakan dakwat sotong adalah harus dan jika dilihat di laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada disertakan mengenai hukum berkenaan.

Di dalam hantaran suara berkenaan, dinyatakan bahawa setiap apa yang berada di dalam perut binatang adalah dikategorikan sebagai najis tetapi dakwat sotong itu tidak haram kerana ianya telah menjadi sebahagian sotong.

Setiap dalam perut binatang sama ada ikan adalah najis

Memang kalau ikut Mazhab Shafi’i dan fatwa pun kata dakwat sotong dikategori sebagai najis.

Setiap dalam perut binatang sama ada ikan atau apa saja termasuk dakwat sotong adalah najis.

Cumanya jika hendak selamat, sotong berkenaan dimasak terus dengan dakwat harus dibersihkan dan jika beli dakwat sotong asing dikatakan perlu dielak agar tidak ada perselisihan pandangan para ulama.

Sotong masak hitam tak salah

Senang nak bodohkan orang, jaga adab bila cakap

“Sarah ni memang tak pandai dan banyak nk kena bljr, tapi org yg konon tahu semua benda xpyh la senang senang nauuuuu nak BODOH kan org.

“Jage adab bila nk ckp. Cuba kalau sarah bodoh2 kan orang yang sarah x kenal. Confirm ramai melenting punye.”

Sarah sendiri keliru bila ada teguran macam tue

“Bila Sarah sendiri pn keliru and bila ada tguran mcam tu, terus sarah mintk tlong @shuibsepahtu and dia bertanye kpade imam muda asyraf.”

“T.kasih imam mude sudi bgi pencerahan. Ha, imam muda salah ke? Jangan pulak ade yg nk pertikai lagi sebab mufti sendiri ada bg penjelasan. Kat website die.”

Hukum makan dakwat sotong adalah harus

“Dalam tu boleh bace, hukum mkan dakwat sotong adalah HARUS. Ha, siape yg cakap bodoh tu? Tak baikkkk tau.

“Takkan ler tahap mufti yg hebat bab agama main suka2 hati nak jatuhkan hukum kan. Leps tu ade juge yg forward kt Sarah video penjelsn PU Azman pasal benda ni.”

Lepas nie masak sotong hitam tenang-tenang

“Jadi pasnih masaklah sotong masak hitam tenang-tenang dan tak payah was-was or rasa geli.”

“Ada mufti dh jelaskan pun yg dakwat hitam tu dh jadi sebahagian dr sotong tp if nak fhm lgi dgr voicenote tu.”

Jangan sebab korang tak setuju terus gelar orang bodoh

“Kita same2 belajar okay. Jangnlah sbb satu benda tu korg x setuju terus gelar org bodoh. Tak baiklah.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara penyanyi itu mendapat penjelasan mengenai masakan itu kepada yang lebih arif.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.