Dalam Islam, tanggungjawab suami adalah perintah dari Allah yang wajib dilaksanakan sebaik mungkin.
Pada tanggungjawab-tanggungjawab inilah, terletaknya hak seorang isteri dalam sebuah perkahwinan.
Dalam memikul dan melaksanakannya, para suami hendaklah memainkan pelbagai peranan kerana peranan sebagai seorang suami itu bukanlah ringan tetapi ia merupakan amanah yang berat dari Allah bukan sahaja dari memberi nafkah, tempat tinggal dan memeberi kebahagian kepada isteri malah menyantuni dan membantu mereka juga.
Terbaharu tular di media sosial tentang seorang isteri yang menghadiahkan suaminya sebuah permainan video yang gilai ramai iaitu Play Station 5 (PS 5) sebagai tanda penghargaan kerana suaminya sangat rajin membantunya di rumah.
Menerusi perkongsian wanita bertuah itu, dia memaparkan video kerajinan suaminya melakukan kerja rumah seperti jemur baju, menjaga anak, menyediakan bahan di dapur dan juga mencuci.
Menurutnya, dia berasa terharu setiap kali melihat suaminya sama-sama membantu dirinya membuat kerja rumah dan bersyukur dikurniakan suami yang baik dan tidak pernah berkira dengannya dalam apa sahaja.
Oleh itu, wanita yang merupakan peniaga bengkung itu telah bernazar untuk menghadiahkan suaminya sebuah Play Station 5 jika jualannya laris dan berjalan dengan lancar.
Setelah mencapai sasaran yang didambakan, dia telah membuat kejutan buat suaminya dengan permainan video PS5 itu sebagai tanda penghargaan buat suaminya sekaligus membuatkan suaminya menangis terharu.
Walaupun si suami tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan, namun siapa yang tidak gembira jika diri itu dihargai oleh orang lain lebih-lebih lagi insan yang tersayang.
Dalam pada masa itu, menerjah ke ruangan komen rata-rata netizen turut gembira dan memberikan kata-kata positif buat pasangan itu agar hubungan rumah tangga mereka berkekalan dan sentiasa bahagia hingga akhir hayat.
Bahkan ada yang memuji suaminya kerana masa kini bukan mudah untuk mempunyai suami yang rajin membantu isteri, serta menyayangi keluarga.
“Susah nak dapat suami yang rajin ni” – Netizen
“Kan bagus macam ni saling bantu-membantu buat kerja rumah”- Netizen
Video tular di laman Tiktok