Kedukaan seorang pemuda yang kehilangan telefon pintar iPhone bertukar gembira apabila dia berjaya menemui semula gajet tersebut menggunakan aplikasi pencarian.
Menerusi perkongsian di laman sosial Twitter, pemuda yang dikenali sebagai Aidil Akhlaken itu berkongsi sebuah video penemuan iPhone miliknya.
Temui telefon pintar yang hilang guna aplikasi Find My iPhone
Menurut pemuda ini, telefon pintarnya berjaya ditemui di kawasan semak dengan menggunakan aplikasi ‘Find My iPhone’.
Menurutnya, telefon pintarnya yang hilang di Ipoh, Perak ditemui semula sejauh hampir 130 kilometer di bandar Gerik dalam masa 24 jam sahaja.
Hilang dekat Ipoh, jumpa di Gerik
“Iphone aku hilang dekat family mart Greentown Ipoh jumpa dekat Gerik, dalam semak samun.
“Tak sampai 24 jam dapat trace location, apps find my iphone memang function teruks,” tulisnya.
Pencuri buang telefon dalam semak
Difahamkan, aplikasi tersebut mengesan telefon pintar Aidil di kawasan semak berhampiran sebatang jalan yang dipercayai dibuang oleh pencuri tersebut.
“Orang tu buang iphone aku kat tepi jalan dlam plastik tepi jalan mcm ni, tracking find my iphone jumpa dekat sini.”
Alhamdulillah dapat kesan location terakhir iPhone
“Selepas satu malam kitorang buat kerja FBI alhamdulillah dpt trace last location iphone, malam tu semua trus jdi hacker dkt group discord.”
“Hahahahah cuba ler kome search no ni keluar kat mana. Kat gerik keluar nanti. Hilang kat ipoh, jumpa dekat semak samun area gerik, miracle happen to me yesterday.”
Perkongsian di laman Twitter itu telah mendapat perhatian ramai apabila meraih lebih dari 200,000 tontonan setelah dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, ramai wargamaya berkongsi kebaikan menggunakan aplikasi pencarian tersebut dengan kisah kehilangan telefon pintar masing-masing.
Biasa pencuri tak tahu nak buat apa diorang akan buang balik phone
“Selalu kalau pencuri/peragut dapat iPhone macam ni la. Dorang tau tak boleh buat apa diorang buang balik phone tu.”
“Nak jual spare parts pun orang akan tanya mana dapat phone tu. Nak crack passcode pun tak boleh,” luah seorang netizen berkongsi info mengenai isu berkenaan.
iPhone memang senang nak kesan lokasi
“Untuk track friends (yg iphone user as well) location pon function terukkk. Siap boleh notify kalau org tu arrive/leave from a location Grinning face with smiling eyesGrinning face with smiling eyes tapi masalah dia kena always turn on location lah Face with tears of joyFace with tears of joy.”
Netizen turut kongsi pengalaman mereka
“Aku pon lebih kurang ade pengalaman macam ni, tapi sepupu aku punye iphonelah.”
Pastu tracking punye tracking, dapat kat rumah flat kat find my iphone, susah sebab tak tahu rumah tingkat berapa.”
Video yang tular di Twitter