Setiap pasangan pastinya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan meriah dengan kelahiran cahaya mata.
Walaubagaimanapun, perancangan keluarga juga perlu dititikberatkan. Suami dan isteri perlu berbincang mengenainya supaya kehadiran cahaya mata pada masa yang tepat.
Selain itu, persediaan mental dan fizikal suami isteri juga perlu diambil kira jika mereka merancang kelahiran dalam jarak yang dekat seperti kisah yang dikongsikan ini.
Jujur sedih tapi aku harus bersyukur
Berita gembira bercampur duka, begitulah perasaan yang dirasakan seorang wanita ini apabila dia disahkan hamil buat kali kedua.
Apabila menyedari kitaran haidnya datang lewat, dia segera mendapatkan rawatan doktor sebelum diberitahu mengenai berita tersebut.
Ya Allah, Anak belum setahun, hamil lagi
Menurutnya, dia bukan tidak bersyukur apabila dimurahkan rezeki mendapat zuriat buat kali kedua.
Namun begitu, dia mengakui agak sedih sedikit kerana mengenangkan anak sulungnya yang masih belum mencecah umur setahun.
Anak sulungnya masih menyusu badan
Apa yang lebih dibimbangkan adalah anak sulungnya manja dan bermasih lagi bergantung kepada susu badan sepenuhnya selain perlu diberikan perhatian sepanjang masa.
Dia turut menyangkal tidak gembira apabila disahkan hamil malah dia meluahkan syukur atas rezeki itu dan berharap agar diberikan kekuatan secukupnya kelak.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya, kelihatan beliau sedang melakukan pemeriksaan di hospital.
Bimbang masyarakat menyalah anggap apa yang dikongsikan di media sosial, ibu ini kemudiannya menerangkan apa sebenarnya yang terjadi.
Video reaksi ibu dan anak
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen yang bergelar ibu turut memahami apa yang dirasai oleh ibu ini.
Mereka turut menitipkan doa semoga ibu ini diberikan kesihatan yang baik dan semangat kepada ibu ini.
Semoga kelahiran cahaya mata kedua ini memberi lebih kebahagiaan kepada pasangan ini.