Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Takkan sedikit pun tiada kebaikan saya pada Wani” Datin Seri Nur Shahida Luah Kekecewaan

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Wani Comel yang seakan tidak menghargai jasa dan bakti terhadapnya.

Menerusi video yang ditayangkan pada sidang media khas berlangsung di kediamannya semalam, Nur Shahida bersama beberapa pekerjanya berkunjung ke rumah Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim.

Difahamkan, kunjungan mereka itu berlaku pada 13 November lalu.

Menerusi video tersebut, Nur Shahida berkata, dia kecewa dengan apa yang berlaku dan perkara tersebut telah melukakan hatinya.

“Memang saya tak baik mana, tapi takkan sedikit pun tiada kebaikan saya kepada Wani. Walaupun sedikit.

“Saya tak minta belas kesian pun tapi saya terkilan. Nikmat paling besar adalah melihat awak berjalan.

“Kalau niat untuk jatuhkan saya, saya terima. Mungkin sudah bukan rezeki.

“Tapi apa yang berlaku memang melukakan hati saya,” katanya.

Tambah Nur Shahida, sekiranya Wani merasakan diri ditindas, dia secara terbuka sudi meminta maaf.

“Kalau awak rasa ditindas, saya minta maaf sangat-sangat.

“Mudah mudahan Allah membalas kebaikan awak,” katanya.

Sementara itu, pekerja Aliff yang menguruskan Wani turut terkilan dengan tindakan gadis tersebut.

“Sampai hati awak Wani. Bila dengar Wani boleh berjalan, gembira tak terhingga, melompat-lompat kami.

“Saya yang bawa awak pergi hospital, dapatkan rawatan, sediakan homestay, jaga awak tapi tergamak awak buat macam ni.

“Saya terkilan, kami tak tolong wani ke?” katanya.

“Sepanjang hampir 12 tahun saya berniaga…Tahun 2020 adalah antara tahun yg mencabar……..

“Sebelum sampai ke fasa ni saya telah melalui berbagai pengalaman bisnes,bukan semua bisnes saya berjaya,ada yg gagal,rugi duit jgn cakap la byk…tapi itu la perniagaan,ada masa berjaya ada masa tidak..itulah risiko yang harus kita tanggung bila ambil keputusan untuk berniaga..

“Saya melalui macam2 dari awal tahun sehingga hujung tahun…….dari masalah rumah tangga sebelum ni,kes pekerja pecah amanah,pemergian pekerja yg sangat rapat kembali ke rahmatullah….dan bermacam2 lagi ujian saya lalui…sehingga ke hari ni saya sangat bersyukur mampu melalui hari2 yg mendatang…

“Sebab saya percaya dalam kehidupan ni tak semua suka kita,siapa juga dalam dunia ni yg tak pernah dikata orang…..saya percaya ujian Allah bagi pada saya untuk menguji keimanan dan ketaqwaan saya…..mungkin juga menghapus dosa …..

“Saya hanya menumpang berniaga mencari rezeki…juga sebagai perantara mereka yg mencari rezeki yang Allah aturkan melalui saya.

“Mudahan kita semua dapat memperbaiki apa yg kurang dan menjadi hamba yg baik dari hari kehari..walau seribu dugaan dan badai yang datang,saya tetap percaya Allah sentiasa mahu yg terbaik untuk saya.”

Terdahulu, Wani Comel membuat sidang akhbar mendakwa dirinya dianaiya Aliff selain turut dinafikan haknya sebagai duta produk milik usahawan itu.

Wani juga mendakwa dirinya seperti ditipu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

Susulan daripada kejadian itu, semalam Aliff menafikan yang dia menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada Wani seperti didakwa gadis itu sebelum ini.

Menurut Aliff, segala tuntutan yang didakwa Wani itu pada dasarnya tidak pernah ada dalam kontrak yang ditandatangani pihaknya dan Wani sendiri.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.