Baru-baru ini telah tular kisah seorang suami mendedahkan dirinya kini sudah berubah penampilan menjadi wanita.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah walaupun lelaki tersebut telah berubah penampilannya namun isterinya masih setia bersama dan menerima dirinya seadanya.
Bersuamikan seorang lelaki namun berpenampilan wanita
Kisah peribadinya itu dikongsi dalam akaun TikTok milih lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Abe Pink.
Perkara tersebut telah mengejutkan orang ramai kerana perkara tersebut jarang berlaku di kalangan masyarakat kita.
Perubahan Abe Pink itu menarik perhatian ramai apabila seorang wanita bersuaminya seorang lelaki tetapi berpenampilan seperti wanita.
Tidak ku pinta keinginan begini, tak ku pinta jadi begini
Menurut Abe Pink yang berasal dari Pantai Timur itu, perkara tersebut merupakan ujian buat dirinya kerana dia mempunyai keinginan menjadi wanita.
“Tidak ku pinta punya keinginan begini, tak ku pintak jadi begini. Kenapa diri ini yang perlu lalui semua ini.”
Bawa aku kembali jadi insan yang sempurna
“Bawa aku kembali menjadi insan yang sempurna, kenapa diri ini yang diuji,” keluhnya.
Luahan hati itu dikongsikan oleh Abe Pink menerusi salah satu posting yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Menerusi posting video berkenaan, Abe Pink itu setia ditemani isterinya yang dilihat menerima seadanya.
Gambar sebelum jadi lelaki cantik
Tidak segan silu, Abe juga berkongsi perubahannya dari lelaki sebenar sehingga kini yang sudah berubah personality sebagai wanita.
“Gambar sebelum jadi lelaki cantik…” tulisnya.
Masih bahagia bersama isterinya
Walaupun Abe Pink telah berubah namun dia dilihat masih bahagia bersama isterinya yang dikenali sebagai Yana.
Malah pasangan ini dilihat telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.
Selain itu, difahamkan Abe Pink dan isterinya telah mempunyai seorang anak.
Moga Abe Pink kembali ke fitrah-Netizen
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rakaman video tersebut berjaya meraih hampir 800,000 ribu tontonan setakat ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Abe Pink kembali ke fitrah.
Mereka juga turut kagum dengan kesetiaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi yang diberikan oleh isterinya itu.