Connect with us

Selebriti

[VIDEO] Tegur Alisa Cakap Makanan Tak Sedap, Kelembutan Hanis Zalikha Didik Anak Buat Netizen Kagum

Seorang ibu bukan sahaja mempunyai tugas menjaga anak malah ibu adalah pendidik kepada anak walau apa sahaja tingkah laku anaknya sebelum memasuki alam persekolahan.

Siapa yang tidak mengidolakan Hanis Zalikha sebagai ikon kepada ibu-ibu di luar sana? Pasti ramai yang kagum dengan caranya mendidik anka-anaknya iaitu Yusof Iskandar 4 tahun dan Alisa Aisyah 2 tahun dengan begitu tuturan yang lembut namun penuh ketegasan.

Anak-anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dn Hairul Azreen ini sentiasa menjadi bualan netizen kerana tingkah laku mereka yang bijak sejak kecil lagi tambahan pula dengan cara Hanis dan Hairul mendidik anak-anak yang sentiasa dikongsikan di sosial media sekaligus menjadi contoh terbaik buat para ibu bapa diluar sana.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Terbaharu, Hanis berkongsi video di mana dia mengajar anaknya Alisa Aisyah untuk mencuba buah manggis namun Alisa tidak suka.

“Hei apa kata awak cuba rasa satu gigitan mungkin awak suka, ia manis.” kata Hanis.

“Its not yummy ” kata anak kecil itu selepas mencuba buah manggis.

Walau bagaimanapun, Hanis menegaskan kepada anaknya jika tidak sukakan sesuatu makanan jangan mengeluarkan kata-kata yang boleh mengecilkan hati seseorang sebalik menukarkan ayat kepada lebih sopan.

“Eh jangan cakap begitu pasal makanan, apa awak perlu kata? ia bukan untuk saya.” ujar Hanis dengan lembut kepada anaknya.

Justeru sikap Hanis yang sentiasa memuji dan bersikap lembut dengan anak-anaknya menjadi tumpuan netizen.

Rata-rata netizen kagum dengan cara yang diterapkan oleh Hanis kerana kebiasaanya kita lihat ibu-bapa sangat tegas dalam mendidik anak-anak.

Video yang dikongsikan di Tiktok oleh seorang netizen itu telah mendapat pelbagai pujian malah ada yang ingin menjadi ibu yang penyabar seperti Hanis Zalikha.

“Saya harap saya dapat ajar anak saya macam ni suatu hari nanti.” kata salah seorang netizen.

“Tahap kesabaran mommy dia sangat luar biasa.” ujar netizen lagi.

Sekadar info, Hanis Zalikha telah dilamar oleh Hairul Azreen di Anugerah Meletop Era dan berkahwin pada tahun 2015 serta dikurniakan sepasang cahaya mata.

Video tular di Tiktok

@syudazman96Cara #haniszalikha ajar anak #part7 – “Not for me” stand for dont like it ☺️♬ bunyi asal – 7 September ✨

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.