Connect with us

Semasa

[VIDEO] Tentera Bantu Pakaikan Makcik OKU Topeng Muka Buat Netizen Sebak

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mula disalurkan kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020. Bagi yang layak, duit bantuan telah diagihkan mengikut bank masing-masing. Di Facebook, seorang anggota berkuasa yang sedang bertugas, Khairul Zulkefli berkongsi video seorang warga emas OKU yang dikatakan mahu ke […]

Kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada orang ramai sejak isnin lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac sehingga 14 April 2020.

Wang bantuan tersebut telah diagihkan mengikut akaun bank masing-masing bagi yang layak.

Menerusi satu muat naik di laman Facebook, seorang anggota beruniform yang sedang bertugas, Khairul Zulkefli telah berkongsi video seorang warga emas OKU yang dikatakan mahu ke pasar raya berdekatan membeli barang keperluan harian.

Klip video tersebut telah meraih simpati netizen kerana dia hanya pergi berseorangan tanpa sebarang teman dalam keadaan berkerusi roda.

Menurut Khairul, wanita tersebut dalam perjalanan menuju ke sebuah pasaraya namun tidak memakai topeng muka.

“Mak cik ni OKU, dia nak pergi pasaraya NSK, tapi takda mask. So kami bagi mask dan glove pada makcik ni.

“Dia sorang-sorang je pergi beli barang, takda siapa yang bantu dia. Beli barang pun lepas dapat bayaran BPN. Semoga dipermudahkan segala urusan mak cik ini.”

Di dalam rakaman tersebut, dapat dilihat seorang anggota tentera yang berada di tempat kejadian memberi topeng muka dan sarung tangan getah kepada warga emas tersebut.

Ia merupakan satu langkah berjaga-jaga agar warga emas tersebut tidak terkena jangkitan virus COVID-19.

Warga emas tersebut mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana, Batu Caves.

Malah, dia turut memberitahu bahawa dia tinggal berseorangan tanpa anak mahupun sanak saudara.

Rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati dan mendoakan agar makcik tersebut sentiasa dilindungi-Nya.

“Untuk makcik…sy doakan semoga segala urusan mkcik dpermudahkan, semoga Allah mmberi rezki yg luas pd mkcik, semoga mkcik dberi kesihatan yg baik…untuk en askar..terima kasih kerana mmbantu, sy doakan semoga en sentiasa mendapat rahmat dan redha Allah… Aamiin” – Nina MdNajhmi

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.