[VIDEO] Teringin Gulai Siput Sedut, Ali Puteh Masakkan Lauk Kegemaran Abam di Kenduri Tahlil
Sebelum pemergian Syed Umar Mokhtar atau Abam, allahyarham ada menyampaikan hasrat kepada kakak sulungnya Sharifah Norwahidah untuk mengadakan majlis makan-makan bersama ahli keluarga berikutan sudah beberapa hari tidak mepunyai selera makan kerana demam. Hasrat disampaikan kepada kakak Allahyarham juga sudah membeli lima kilogram siput sedut dan sotong bagi tujuan itu, namun hasratnya hanya tinggal mimpi […]
Masih lagi terasa dengan kehilangan penghibur tanah air, Abam Bochey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar .
Menerusi satu perkongsian video, kakak sulung Allahyarham iaitu Sharifah Norwahidah berkongsi di mana Allahyarham ada menyatakan hasrat untuk mengadakan majlis makan-makan bersama ahli keluarga.
Teringin makan gulai siput
Allahyarham sudah membeli 5 kilogram siput sedut kerana menurutnya dia suka makan gulai siput sedut dengan keladi.
“Cuma dia teringin nak makan gulai siput dengan keladi je, dia dah beli siput lima kilo, dia dah beli sotong lima kilo, dia kata kita nak makan ramai-ramai.”
“Tapi disebabkan dia sakit, benda tu ditunda, dia cakap tak apa lah nanti kita buat lain kali, aku tak lalu makan ni.”
“Itu je lah dia tak sampai nak makan, gulai siput sedut, sebab dia suka makan gulai siput dengan keladi.”
Allahyarham menyatakan hasrat tersebut kepada kakak sulungnya dan sudah siap membeli siput dan sotong dalam kuantiti yang banyak untuk majlis makan bersama keluarga.
Allahyarham pergi dahulu
Namun takdir sudah menentukan apabila Allahyarham tidak sempat melakukannya dan dijemput Ilahi pada pagi Isnin.
Oleh yang demikian, semasa kenduri tahlil untuk allahyarham Abam, keluarga pelawak tersebut telah memasak kesemua juadah yang dimahukan Abam untuk majlis makan-makan yang tidak berjaya dibuat.
Adik masakkan lauk
Malah, adiknya Ali Puteh telah memasak juadah itu sendiri dan menjamu orang ramai yang hadir di kenduri pada malam semalam di kediaman keluarga mereka di Gombak.
Video tentang juadah berkenaan turut dikongsi oleh kenalan yang menghadiri majlis tersebut.
“Alhamdulillah selesai tahlil … alhamdulillah jugak family dpt masak lauk apa yg sebelum ni tak tertunai … tq @dapurbasah_official sudi hantar hari tu #siputsedut #sotong … #alfatihah #gemokisawesome #bocey #abambocey #abam #abamdalamkenangan”