Ramai mereka diluar sana sering berkongsi pengalaman ngeri terserempak dengan makhluk-makhluk ghaib.
Jin merupakan makhluk ciptaan Allah yang ghaib atau orang sering menyebutnya dengan nama makhluk halus.
Ada diantara kita diberi keistimewaan lihat makhluk ghaib
Apabila sebut makhluk halus sudah pasti kita sebagai manusia tidak dapat melihat mereka meskipun mereka berlegar-legar di sekeiling kita.
Namun begitu, ada segelintir daripada kita diberi ‘keistimewaan’ untuk melihat makhluk ini termasuklah kanak-kanak.
Perkara sebegitulah yang dilalui ibu bapa ini apabila anak mereka menangis ketakutan seakan melihat sesuatu yang ‘menyeramkan’.
Kanak-kanak ini nampak ada dua bayi di tempat duduk belakang
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan mereka sekeluarga berada di dalam sebuah kereta.
Dalam video berkenaan, seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Aidan menangis sambil mengadu kepada ibunya akan sesuatu.
Bayi tersebut sedang memandang ke arahnya
Dia dikatakan melihat ada dua orang bayi perempuan berada di belakang abangnya yang duduk di tempat duduk bahagian belakang kereta tersebut.
Apa yang lebih menyeramkan adalah apabila Aidan mendakwa bayi tersebut sedang memandang ke arahnya.
Ada nampak baby dekat belakang abang
Ketika dalam video tersebut, kelihatan badan kanak-kanak ini sedang terketar-ketar ketika itu. Ada nampak baby dekat belakang Acuh (abang).
Jelas wanita ini lagi, mereka sekeluarga terpaksa melalui jalan lama kerana jalan banyak yang ditutup disebabkan banjir.
Kejadian tersebut berlaku jam 3 pagi
Menurutnya, kejadian seram itu berlaku pada bulan Disember lalu sekitar jam 3 pagi dan ketika itu tiada satu kereta pun yang melalui kawasan tersebut.
Sepanjang perjalanan memang rasa meremang tapi buat tak tahu sebab first time lalu jalan tu sampailah Aidan menangis dan cakap nampak ‘baby’ dekat seat belakang.
Aidan cakap ada yang lambai tepi tingkap
Bercerita dengan lebih lanjut, mereka kemudian membuat keputusan untuk patah balik dan berhenti di masjid sehinggalah waktu subuh.
Sebelum tu, Aidan cakap ada yang lambai tepi tingkap muka macam raksasa tapi dah tak ada.
Ada dua baby tengah main dekat belakang
“Tinggal baby je ada dalam kereta. Baby tu baby girl. Cantik, pakai baju girl, tak ada rambut. Ada dua orang tengah main dekat belakang.”
Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa bimbang dengan keadaan Aidan.
Anaknya demam selama sehari sebelum pulih kembali
Bagaimanapun, menurut wanita ini memaklumkan anaknya hanya mengalami demam selama sehari sebelum keadaannya kembali pulih seperti sediakala.
Selain itu, netizen menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil supaya lebih berhati-hati ketika melalui kawasan yang gelap dan berhutan.
Video tersebut mendapat perhatian ramai di TikTok
Rakaman video yang dikongsikan di aplikasi TikTok di akaun Dylla Darly itu telah meraih hampir 150,000 tontonan setelah di muat naik.