Connect with us

Selebriti

[VIDEO] “Terrecord perebutan” Anak Berebut Mainan, Cara Hanis Zalikha Pujuk Jadi Perhatian Netizen

Hanis Zalikha antara selebriti yang menjadi inspirasi ramai wanita diluar sana. Beliau kini lebih aktif dalam bidang perniagaan miliknya.

Selain itu, beliau juga dilihat bahagia bersama suami, Hairul Azreen apatah lagi dengan kehadiran dua orang cahaya mata sepasang mereka membuatkan keluarganya itu semakin ceria.

 

View this post on Instagram

 

Masih 🥰

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

5.6 juta pengikut di Instagram

Walaupun beliau jarang kelihatan di kaca televisyen namun Hanis Zalikha antara selebriti yang sering menjadi perhatian terutama di laman Instagram peribadinya yang kini telah memiliki 5.6 juta followers.

Menerusi Instagram,  Hanis Zalikha sering berkongsikan perkembangannya bersama kedua-dua anaknya yang kini menjadi si cilik popular iaitu, Yusuf Iskandar dan puterinya, Alisa Aisyah.

 

View this post on Instagram

 

Selamat Hari Raya loves. Gambar paling okay dengan budak-budak ni 🌝

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Satu video dimuat naik olehnya di Instagram memaparkan gelagat kedua-dua anaknya yang mencuri tumpuan ramai.

Nak rekod adik beradik makan pasta, terrekod perebutan

Pada awalnya, video tersebut merakan Yusuf bersama Alisa yang sedang makan namun terakam pula gelagat perebutan mereka.

“Nak record adik beradik makan pasta, terrecord perebutan” ujar Hanis Zalikha menerusi posting.

 

View this post on Instagram

 

Nak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭 @theyusufiskandar @thealisaaisyah

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Menerusi video tersebut, Hanis Zalikha berjaya mengawal situasi anak-anaknya dari bergaduh berebutkan permainan.

Walaupun berlaku perebutan mainan, namun akhirnya juga Yusuf dan Alisa tidak menangis namun berbaik semula.

Peminat kagum dengan cara Hanis Zalikha uruskan anak-anak

Situasi tersebut berjaya dileraikan oleh Hanis Zalikha dengan menggunakan cara yang lembut.

Cara Hanis Zalikha mengawal keadaan membuatkan peminat dan pengikut kagum dan dia juga menjadi inspirasi buat para ibu diluar sana.

Ruangan komen dibanjiri dengan pujian 

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi dan komen yang positif mengenai video berkenaan.

Hanis Zalikha dan dan Hairul Azreen mendirikan rumahtangga pada 5 Jun 2015 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.