Mira Filzah dan suami memuat naik video pertama mereka
Setelah hampir dua bulan berkahwin, selebriti popular Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar memuat naik video pertama mereka di saluran Youtube #EmirAmirah.
Video yang berdurasi hampir 10 minit itu dihasilkan atas permintaan para peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pasangan tersebut dalam melayari bahtera rumah tangga.
Mira tidak sengaja meninggikan suara
Menerusi video berkenaan, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu lebih banyak bercakap berbanding suaminya yang agak pemalu.
Pada minit 2:28, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman tidak sengaja meninggikan suara kepada suaminya berkenaan cabaran ‘Knowing Each Other’ yang dilakukan.
Ala i tinggikan suara
Apabila pelakon itu sedar dengan tindakannya, Mira kemudiannya berkata “ala I tinggikan suara” sebelum menggunakan nada suara yang lembut dan manja dengan suaminya.
Difahamkan, sehingga kini video berkenaan mendapat hampir 182,000 tontonan menerusi saluran Youtube mereka berdua.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang menonton gelagat mereka berdua dan tidak lupa juga ada yang menitipkan doa buat pasangan ini kekal bahagia.
Terdahulu, Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar melangsungkan pernikahan pada 3 September 2020 di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.