Connect with us

Semasa

[VIDEO] Tiada Lagi Had Maksimum 250 Orang Di Majlis Sosial, Asalkan Ada Penjarakan Sosial & Patuh SOP

Menerusi sidang media pada hari ini, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan tiada lagi had maksimum 250 orang di acara sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Mesyuarat telahpun bersetuju untuk mengehadkan dari segi peserta berdasarkan kepada keluasan tempat”.

“Namun ia masih bersyarat perlu adanya pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter” ujarnya.

Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial

“Masjid tidak perlu lagi satu pertiga selagi ada penjarakan sosial, jumlahnya tidak kira, berdasarkan keluasan masjid tersebut”.

“Begitu juga dengan majlis perkahwinan di hotel, kalau dewan boleh memuatkan 1,000 orang, dan dengan penjarakan sosial boleh ada sampai 800, maka 800 orang lah”.

Menurut beliau lagi, jumlah tersebut bergantung kepada keluasan tempat berkaitan dengan syarat patuh kepada penjarakan sosial satu meter.

Kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik cegah diri dijangkiti

Menerusi video dari Majlis keselamatan Negara, kawalan kendiri dan pematuhan SOP merupakan langkah terbaik yang menyumbang kepada kawalan kes COVID-19 di negara kita.

“Hari ini genap 30 hari PKPP dilaksanakan. Dalam tempoh itu, kerajaan telahpun memberikan banyak kelonggaran”.

Kerajaan telah membuka hampir keseluruhan sektor ekonomi dan membenarkan banyak aktiviti-aktiviti harian yang lain”.

25 hari berturut tiada kematian di negara kita

“Dua hari berturut-turut, kita didapati tiada warga negara Malaysia yang positif COVID-19. Setelah 25 hari, tiada kematian di negara kita”.

“Oleh itu, kawalan kendiri merupakan kaedah terbaik untuk mencegah diri daripada dijangkiti,” katanya.

Sentiasa memakai penutup muka di tempat-tempat awam

“Justeru, pastikan SOP asas seperti penjarakan sosial dan pemakaian penutup muka sentiasa diamalkan di tempat-tempat awam,” tegasnya.

Semoga dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh orang ramai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.