Seperti yang kita ketahui, ramalan kaji cuaca menjangkakan kita akan menerima hujan lebat pada sebelah.
Realiti yang dilalui oleh seorang anak seni
Ekoran dari itu, pastinya keadaan cuaca yang tidak menentu akan sedikit mengganggu pergerakan dan kerja tambahan pula kerja-kerja yang dilakukan ditempat terbuka.
Menerusi laman Twitter, Pelakon Adibah Noor berkongsi realiti apa yang dilalui sebagai seorang anak seni apabila berdepan dengan cuaca yang tidak menentu.
Semua pelakon dan krew berteduh di bawah khemah kecil
Oleh kerana hujan lebat, sesi penggambaran terpaksa dihentikan dan kesemua pelakon serta krew produksi harus berteduh di bawah khemah kecil.
Menurut Adibah, walaupun kerjaya sebagai seorang anak seni kadang-kala dipandang sepi, masih ada diantara mereka yang masih bertahan dan ingin terus berkarya.
Kami tetap berkarya walau sering dipandang sepi
“Tiada pihak yang menganggap kami ni ‘perkhidmatan perlu’ essential service, sedangkan sedar atau tidak, terima atau tidak, angkat phone, bukak tv atau radio memang cari benda utk hiburkan hati”
“Tak apa, kami tetap di sini. Berkarya, di hadapan atau belakang lensa, walau sering dipandang sepi. Syukur alhamdulillah” tulisnya.
Perlu berteduh sehingga hujan lebat reda
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Twitter miliknya.
Menerusi video berkenaan, Adibah bersama krew produksi dilihat terpaksa berteduh di bawah sebuah khemah sementara menunggu hujan lebat reda.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar urusan pihak produksi dipermudahkan.